Pengarah Pembangunan Remaja Persatuan Badminton Malaysia Datuk Misbun Sidek berpuas hati dengan prestasi pemain pemain yang beraksi di saingan 100PLUS Cabaran Ranking Junior Kebangsaan 2020 yang bermula sejak 12 Oktober dan berakhir hari ini bagi saingan peringkat kumpulan.

Kejohanan pertama buat pemain pemain remaja 18 tahun dan ke bawah selepas kembali menjalani latihan pada Julai lalu jelas memberi satu impak yang penting buat barisan kejurulatihan untuk menilai prestasi semasa pemain pemain.

“Kita buat pertandingan ranking ini atas dasar kerana tiada pertandingan hampir setahun susulan Perintah Kawalan Pergerakan. Inilah peluang untuk pemain pemain menguji tahap mereka dan saya lihat daripada pertandingan 100PLUS Cabaran Ranking Junior Kebangsaan 2020 setakat ini semuanya menunjukan persaingan kompetitif yang bagus mengikut kategori masing masing,” kata Misbun.

Misi utama Datuk Misbun serta barisan kejurulatihan pastinya menilai setiap aspek termasuk mengkaji sebarang kekurangan atau impak positif hasil latihan serta program yang dirangka bagi pasukan pembangunan sekaligsu mempersiapkan pemain untuk mengharungi saingan Kejohanan Remaja Dunia yang dijangka bermula pada awal tahun depan.

Bagi Datuk Misbun yang pernah melatih jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei saingan 100PLUS Cabaran Ranking Junior Kebangsaan 2020 bukan ukuran utama kerana masih banyak lagi yang perlu diatur dalam misi membentuk pemain pemain yang kompetitif

“Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan memberi kami satu kedudukan yang baik dimana kita boleh melakukan persiapan untuk tempoh jangka masa yang panjang mengikut fasa.

“Penambahbaikan boleh dilakukan untuk mengukuhkan pemain pemain dan ketika ini, latihan adalah lebih penting berbanding kejohanan itu sendiri,”katanya lagi.

Tambah Datuk Misbun lagi, beliau dapat merasakan beberapa pemain yang menonjol dan tampak mempunyai karakter seperti Datuk Lee Chong Wei di usia remajanya, namun ia bukan bermakna tugas pengendali berusia 60 tahun ini semakin mudah.

Ini kerana Datuk Misbun turut memberi fokus untuk membangunkan pemain pemain yang berumur lingkungan 13 hingga 15 tahun yang dilihat cukup sesuai untuk digilap sebagai permata baharu badminton negara.

Malah, barisan kejurulatihan dan tenaga kerja BAM perlu memastikan pemain pemain ini dilandasan yang betul berdasarkan program dan jadual latihan yang disusun untuk memastikan segala aspek yang perlu diberikan diterima sepenuhnya oleh pemain pemain.

Tamat saingan peringkat pusingan 100PLUS Cabaran Ranking Junior Kebangsaan 2020, tiga pemain teratas perseorangan lelaki dan dua pemain teratas bagi perseorangan perempuan bagi kumpulan A layak beraksi di playoff yang dijadual berlangsung pada 3 hingga 6 November depan dimana mereka akan bersaing dengan pemain pemain senior di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara.

Saingan hari terakhir tertumpu kepada perebutan tiga slot bagi perseorangan lelaki kumpulan A untuk ke perlawanan playoff sekaligus beraksi dengan pemain pemain senior pada November depan.

Hanya tiga pemain teratas perseorangan lelaki kumpulan A layak beraksi dimana Justin Hoh dan Jacky Kok Jing Hong sah mengisi dua slot pertama sebelum Ong Ken Yon melengkapkan senarai tiga pemain yang akan ke saingan Playoff selepas memgumpul 7 mata.

Ong Ken Yon mengesahkan status untuk mengiringi Justin dan Jacky ke Playoff November depan selepas menundukkan Ong Zhen Yi dalam pertarungan tiga set, 19-21, 21-16, 21-5.

Sementara dua pemain V Poopathi dan Anson Cheong mengisi dua kedudukan terbawah kumpulan A sekaligus bakal beraksi di playoff bagi penentuan ranking pemain.

Dua pemain terbaik bagi kumpulan B, C dan D perseorangan lelaki dan perempuan akan bertarung dengan dua pemain tercorot bagi kumpulan A, B,C dan D di perlawanan playoff yang dijadual bermula dari 28 – 30 Oktober depan untuk menentukan ranking pemain pemain.

100PLUS Cabaran Ranking Junior Kebangsaan 2020 merupakan pertandingan  pertama yang dilangsungkan secara tertutup melibatkan pemain pemain remaja selepas dibenarkan kembali menjalani latihan secara berperingkat di ABM pada Julai lalu.

 

Keputusan Perlawanan

7:30 PG

BS-A – Group Ong Ken Yon – Ong Zhen Yi (19-21 21-16 21-5)
BS-A – Group Justin Hoh – Anson Cheong (21-17 14-21 21-16)
BS-A – Group Muhd Fazriq – Chia Jeng Hon (21-13, 21-17)
BS-A – Group Jacky Kok Jing Hong – Chua Kim Sheng  (21-13, 21-11)
BS-A – Group Jimmy Wong  – V Poopathi (21-17 21-17)

3:00 PTG

BS-A – Group Ong Ken Yon – Anson Cheong (21-16 21-12)
BS-A – Group Justin Hoh – Chia Jeng Hon (21-14 15-21 21-10)
BS-A – Group Muhd Fazriq – Chua Kim Sheng (16-21 21-17 21-9)
BS-A – Group Jacky Kok Jing Hong – V Poopathi (21-16 21-12)
BS-A – Group Ong Zhen Yi – Jimmy Wong (22-20 21-15)

 

KEDUDUKAN

PERSEORANGAN LELAKI KUMPULAN A

PERLAWANAN MATA
Justin Hoh 9 8
Jacky Kok Jing Ho 9 8
Ong Ken Yon 9 7
Ong Zhen Yi 9 4
Chia Jeng Hon 9 4
Chua Kim Sheng 9 4
Jimmy Wong 9 4
V Poopathi 9 4
Muhd Fazriq Mohd Razif 9 2
Anson Cheong 9 0

PERSEORANGAN LELAKI KUMPULAN B

PERLAWANAN MATA
Eogene Ewe Eon 7 7
Dylan Ooi Ding Sheng   7 5
Muhd Adam Shah 7 4
Rex Hooi Shao Herng 7 3
Muhd Faiq   7 3
Jan Jireh Lee 7 2
Low Han Chen 7 2
Ferdinan Ramno 7 2

PERSEORANGAN LELAKI KUMPULAN C

PERLAWANAN MATA
Lok Hong Quan 6 6
Aaron Tai 6 5
Hanz Haiqal 6 4
Yeow Chun Cher   6 3
Kang Khai Xing 6 2
Kee is Qian 6 1
Tamilarasukumar 6 0

PERSEORANGAN LELAKI KUMPULAN D

PERLAWANAN MATA
Kong Teck Joon 6 6
Lee Yen Wei      6 5
Ayu Fu Sheng     6 4
Lim Wei Hou     6 3
Low Hao Feng 6 1
Mohd Amzar Hakimi    6 1
Chee Hong Wei 6 1

 

PERSEORANGAN PEREMPUAN KUMPULAN A

PERLAWANAN MATA
Myisha Mohd Khairul 3 3
Tan Zhing Yi 3 2
Khor Jing Wen 3 1
Joanne Ng May Yin 3 0

PERSEORANGAN PEREMPUAN KUMPULAN B

PERLAWANAN MATA
Siti Nurshuhaini Azman 6 6
Loh Zhi Wei  6 4
Ong Xin Yee  6 4
Chan Wen Tse  6 4
Lim Yi Wei  6 2
Tan Shen Thing  6 1
Chong Jie Yu 6 0

PERSEORANGAN PEREMPUAN KUMPULAN C

PERLAWANAN MATA
Oo Shan Zi  5 4
Carmen Ting 5 4
Siti Zulaikha Azmi Tan  5 3
Adiyna Anuar 5 3
Tan Zhing Hui 5 1
Wong Lily 5 0

PERSEORANGAN PEREMPUAN KUMPULAN D

PERLAWANAN MATA
Shaneesa Shahidi  3 3
Noraqilah Maisarah 3 2
Yeap Phoi Lin  3 1
Christine Lam  3 0

 

BERGU LELAKI

PERLAWANAN MATA
Muhd Haikal Nazri–

Wan Muhd Arif Wan Junaidi

3 3
Beh Chun Meng –

Goh Boon Zhe

3 2
 Bryan Jeremy –

Xun Liew

3 1
Choi Jian Sheng –

Wong Vin Sean 

3 0
Kok Jia Cheng –

Ooi Yi Hern 

0 0

 

BERGU PEREMPUAN

PERLAWANAN MATA
Cheng Su Yin –

Goh Pei Kee

2 2
Low Yeen Yuan –

Valeree Siow

2 1
Cheng Su Hui –

Lee Xin Jie

2 0

- Advertisement -