Kejohanan Badminton Junior Allianz (AJBC) telah bermula dengan perlawanan Pusingan Pertama Kelayakan yang diadakan di Sports Arena Puchong, Selangor pada hujung minggu ini.
Dengan sokongan daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM), pertandingan tersebut akan bermula dengan tujuh Pusingan Kelayakan yang diadakan antara bulan Julai hingga November 2022. Finalis dari tujuh Pusingan Kelayakan juga akan dikumpulkan di Kem AJBC sebelum Perlawanan Akhir di Kuala Lumpur pada November 2022.
Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad Sean Wang berkata dalam ucapannya Syarikat amat berbesar hati untuk melihat jumlah peserta pada acara tersebut.  
“Matlamat utama AJBC ialah untuk menyediakan bakal pemain badminton muda akses kepada pertandingan peringkat umur untuk mengasah bakat dan mendapat pengalaman pertandingan. Ini merupakan Pusingan Kelayakan AJBC yang pertama, dan kami sangat kagum melihat bakat-bakat muda yang menyertai pertandingan hari ini. Pemain-pemain yang telah beraksi dengan baik di gelanggang, jadi kami teruja untuk melihat bakat muda yang lain menerusi enam pusingan kelayakan seterusnya,” kata Sean.
Selain itu, sewaktu majlis pelancaran, Sean juga telah mengumumkan Siti Nurshuhaini Azman dan Fazriq Razif, pemain muda kebangsaan sebagai duta AJBC yang akan menjadi figura inspirasi untuk peserta.
AJBC akan menampilkan empat acara – perseorangan lelaki, beregu lelaki, perseorangan perempuan dan beregu perempuan – kategori Bawah-13 (13 tahun dan kebawah) dan Bawah-15 (14 hingga 15 tahun).
Pemenang perlawanan akhir untuk semua acara akan memenangi RM1,000, diikuti dengan pemenang kedua (RM500) dan pemenang ketiga (RM200). Kesemua tujuh pemenang pusingan kelayakan juga akan menerima hadiah berikut – pemenang (RM500), pemenang kedua (RM300) dan pemenang ketiga (RM100).
Tarikh dan Tempat Pusingan Kelayakan/Perlawanan Akhir AJBC
Tarikh Acara Tempat
22-24 Julai Pusingan Kelayakan 1 Sports Arena Puchong
Puchong, Selangor
5-7 Ogos Pusingan Kelayakan 2 Dewan Badminton KBA
Alor Setar, Kedah
11-13 Ogos Pusingan Kelayakan 3 Dewan Badminton Masterscaff
Kemaman, Terengganu
30 September – 2 Oktober Pusingan Kelayakan 4 Arena Badminton Tan Sri Lee Loy Seng
Ipoh, Perak
14-16 Oktober Pusingan Kelayakan 5 Pulau Pinang
(Lokasi akan diumumkan kemudian)
4-6 November Pusingan Kelayakan 6 NZ Sports Arena
Port Dickson, Negeri Sembilan
10-12 November Pusingan Kelayakan 7 Havona Badminton Academy
Kluang, Johor
24 November Kem AJBC Kuala Lumpur
(Lokasi akan diumumkan kemudian)
25-27 November Perlawanan Akhir Kuala Lumpur
(Lokasi akan diumumkan kemudian)
Untuk maklumat lanjut tentang Kejohanan Badminton Junior Allianz, layari allianz.com.my/ajbc.
- Advertisement -