Kelantan akan sekali lagi menyandarkan harapan kepada keampuhan pertahanan dalam misi mencatat kemenangan ke atas Sabah dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia pada Sabtu.

Setelah berakhir enam aksi peringkat kumpulan, skuad The Red Warriors bimbingan Yusri Che Lah hanya melepaskan tiga gol dan mencatat empat kali ā€˜clean sheetā€™ sekaligus menjadi pasukan dengan rekod defensif terbaik.

Mereka juga langsung tidak bolos dalam tiga aksi di Kota Bharu ā€“ mencatat seri tanpa jaringan menentang MIFA serta menang ke atas Johor Darul Takzim(1-0) dan Kedah (2-0) dan ini dibantu aksi cemerlang penjaga gol Faridzuean Kamaruddin di gawang.

Selain itu gandingan pertahanan Cassio Fransisco De Jesus, Ahmad Haziq Puad dan Farisham Ismail juga cukup cemerlang mengemudi jantung pertahanan.

 

 

Namun, sayang sekali kerana kelibat Haziq dilaporkan tidak dapat digunakan ketika menentang Sabah yang mencuri tumpuan mengungguli Kumpulan D dengan mengatasi juara Piala FA Pahang serta dua pasukan Liga Super iaitu Selangor dan PKNP FC.

Pemain yang menyertai Kelantan dari Kuantan FA di jendela perpindahan kedua Liga Malaysia tidak dapat diturunkan kerana bakal menjalani penggantungan satu perlawanan setelah mengumpul tiga kad kuning dan ia situasi yang mencetus resah Yusri.

ā€œHaziq telah membalas kepercayaan dengan begitu baik malah gandingan dan persefahaman ditunjukkan Haziq dan Farisham antara faktor utama kita cukup kebal di pertahanan. Sudah tentu ketiadaannya akan membuat benteng pertahanan kami sedikit goyah apapun saya berharap pemain yang bakal mengisi kekosongan ditinggalkan Haziq dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik.

ā€œKami perlu menang perlawanan ini walaupun dengan satu jaringan dan ianya penting kami tidak bolos dalam perlawanan pertama di tempat sendiri kerana jaringan di tempat lawan berpotensi menjadi penentu nanti,ā€ katanya.

Di kala barisan pertahanan mencuri tumpuan dengan aksi bertenaga, masalah utama Kelantan adalah sentuhan barisan depan mereka yang belum cukup meyakinkan. Mereka hanya menjaringkan tiga gol – PDRM dan PKNP FC yang sudah tersingkir awal menjaringkan lebih gol berbanding mereka.

Yusri bagaimanapun optimis masalah itu dapat diperbaiki dan menarik nafas lega kerana selain Haziq, semua pemain lain boleh diturunkan dan berkemungkinan besar akan mempertaruhkan skuad sama yang menewaskan Kedah dalam aksi terakhir kumpulan tempoh hari dengan Syafiq Shaharudin dan Danial Ashraff mengemudi jentera serangan.

Bekas jurulatih Perlis dan Fecra itu turut menggesa penyokong agar hadir membanjiri Stadium Sultan Muhammad Ke-IV Kota Bharu seterusnya menyemarakkan semangat para pemain untuk meneruskan langkahan.

Kedua-dua pasukan akan kembali bertemu dalam aksi timbal balik pada 29 September nanti di Stadium Likas. MUHD AIMANĀ 

- Advertisement -