
Dua pasukan Liga Super –Ā Kelantan dan T-Team antara empat pasukan yang dikenakan hukuman pemotongan enam mata berkuat kuasa serta merta ekoran kegagalan melengkapkan pengesahan penyertaan pertandingan liga berkenaan yangĀ berakhirĀ padaĀ Disember 2016.
Sementara dua pasukan Liga Perdana,Ā Perlis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)Ā Ā turutĀ menerimaĀ nasib yang sama setelah gagal menyelesaikan masalah berkenaan dalam tempoh ditetapkan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP), KevinĀ Ramalingam berkata pihaknya menghantar surat peringatan pertama pada 27 Jan lepas sertaĀ menghubungiĀ pasukan berkenaan melalui telefon sebagai peringatan untukĀ melengkapkan proses pendaftaranĀ tersebut.
Katanya pada 7 Mac, surat peringatan kedua dihantar dan FMLLPĀ sekali lagi telah menghubungi pasukanĀ berkenaan melalui telefon untuk memberi peringatanĀ bagiĀ melengkapkan proses pendaftaran melalui Sistem Pengurusan Maklumat Bola SepakĀ (SPMB) sebelum 31 Mac.
“Pasukan harus memuat naik Surat Selesai Bayaran/Tunggakan Gaji, Surat SelesaiĀ Bayaran/Tunggakan KWSP, Surat Selesai Bayaran/Tunggakan Perkeso dan Surat SelesaiĀ Bayaran/Tunggakan LHDN ke SPMB untuk melengkapkan pendaftaran pasukan.
“Surat-surat selesai bayaran/tunggakan adalah untuk bayaran/tunggakan dari tahun-tahunĀ sebelumĀ 2017,” katanya pada sidang media pengumuman hukumanĀ berkenaan di sini hari ini.
Dalam pada itu, Kevin menjelaskanĀ jika pasukanĀ tersebutĀ gagalĀ melengkapkanĀ prosesĀ pendaftaran sebelumĀ 15 Mei ini, pasukanĀ berkenaanĀ akan dilarang mendaftarĀ pemain baharuĀ semasa jendelaĀ perpindahan pemain dibuka,Ā sehinggaĀ perkara itu diselesaikan sepenuhnya.
Beliau berkataĀ pasukanĀ terbabit boleh mendaftar pemain baharu jikaĀ pasukan itu memperolehĀ pendapatan hasil daripada pengurangan jumlah pemain sedia adaĀ dalam pasukan.
“Ia bermaksud jumlah yang boleh dibelanjakan untuk menandatangani pemain baharu adalahĀ bersamaan dengan jumlah diperolehĀ hasil daripada transaksi perpindahan mana-manaĀ pemain serta jumlah dijimatkan hasil daripada pengurangan jumlah pemain keseluruhan,”Ā kataĀ Kevin.
Menurutnya, jika pasukan tersebut gagal melengkapkan proses pendaftaran sebelum hariĀ terakhir musim 2017 pada 31 Okt depan, Ā tindakan boleh diambil untuk menyingkirkanĀ pasukan tersebut ke divisyen yang bawah daripada divisyen di mana pasukan tersebutĀ selayaknyaĀ bertanding untuk musim 2018.
“Kegagalan pasukan tersebut untuk melengkapkan proses pendaftaran sebelum permulaan musim 2018 boleh menyebabkan penyertaan pasukan tersebut dibatalkan untuk musim 2018.
“Tindakan-tindakan berkenaan boleh diambil oleh FMLLP melalui peruntukan kuasa yang sedia ada di bawah Perkara 43, Peraturan Pertandingan, Manual Liga Malaysia 2017,” katanya.
–– BERNAMA

































