Dua jaringan penyerang, Ali Ahmed Mabkhout dikedua dua babak perlawanan memastikan Emiriyah Arab Bersatu UAE meraih tiga mata pertama selepas melakar kemenangan tipis 2-1 ke atas Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kemenangan ke atas Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada 5 September lalu dalam aksi pembukaan kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ternyata menyuntik semangat juang anak didik Tan Cheng Hoe ketika berdepan pasukan ranking ke 65 dunia.

Seawal minit pertama, suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil bergema dengan sorakan penyokong Harimau Malaya apabila hantaran silang, Matthew Davies di tanduk kemas Muhd Syafiq Ahmad untuk meletakkan Malaysia didepan 1-0.

Malaysia ternyata mempamer corak permainan yang kemas dengan gerakan pantas serta hantaran pendek untuk mencari ruang dan peluang bagi menambah gol.

Namun kekentalan pertahanan pelawat selain beberapa peluang keemasan yang diperolehi barisan serangan negara berakhir dengan kekecewaan menyaksikan kedudukan kekal 1-0 sehinggalah dua minit menuju penamat apabila Ali Ahmed Mabkhout menanduk masuk gol penyamaan untuk pelawat.

 

 

UAE kendalian Bert Van Marwijk tampa lebih kemas di separuh masa kedua dan lebih menguasai perlawanan sekaligus memaksa Malaysia lebih banyak bertahan di kubu sendiri.

Benteng pertahanan negara rapuh sekali lagi apabila peluang terhidang tidak disia siakan Ali Ahmed untuk meledak gol kedua sekaligus meletakkan UAE didepan 2-1 di minit 76.

Malaysia cuba bangkit dengan baki masa yang ada, namun tiada pertambahan jaringan dicatat sekaligus memberikan tiga mata pertama untuk UAE.

Selepas dua perlawanan, Malaysia menghuni tangga ketiga, berkongsi tiga mata dengan UAE yang berada di tangga kedua sementara kedudukan pendahulu kumpulan G diambil alih Thailand yang melakar kemenangan selesa 3-0 ke atas Indonesia.

 

 

 

- Advertisement -