kpmg-logo-final_2016Oleh Ku Mohd Lufti

Pemain wanita negara, Kelly Tan menghuni tangga ke 19, mengumpul 217 pukulan 4 diatas par selepas beraksi tiga pusingan di Kejuaraan Wanita PGA KPMG di Amerika Syarikat.

Hari ketiga, Kelly bermula dengan baik apabila membenam dua birdie berturut turut bermula di lubang ke 2, namun hampa seketika dengan bogey dilibang ke 8.

Meskipun berjaya bangkit dengan birdie dilubang ke 11, namun Kelly terus goyah apabila dua bogey dilubang ke 12 dan 14 serta double bogey dilubang terakhir menyaksikan pemain Malaysia ini menutup hari ketiga dengan catatan 73 pukulan 2 diatas par.

Pencapaian terbaik Kelly Tan adalah pada hari kedua dengan catatan 70 pukulan 1 dibawah par, memperbaiki catatan berbanding hari pertama 74 pukulan tiga diatas par.

Pencapaian terbaik Kelly Tan tahun ini adalah menamatkan saingan Kejuaraan Golf Coates R+L Carries di Florida ditempat ke 16 dengan catatan 284 pukulan empat dibawah par sekaligus membawa pulang wang tunai lebih 18 ribu dolar US.

- Advertisement -