kpmg-logo-final_2016Oleh Ku Mohd Lufti

Pemain golf wanita negara, Kelly Tan menamatkan Kejohanan Golf Kejuaraan PGA Wanita KPMG ditempat ke 37 dengan catatan terkumpul 291 pukulan 7 diatas par.

Kelly bagaimanapun hambar di hari terakhir apabila gagal memperbaiki catatan berbanding hari ketiga.

Dua bogey dilakar diawal permainan, Kelly bagaimanapun bangkit dengan tiga birdie berturut turut bermula dari lubang ke 4.

Namun, permainannya tidak konsisten sehingga lubang terakhir apabila membenam empat lagi bogey dilubang ke 8, 12, 15 dan 18 untuk menutup hari terakhir dengan catatan 74 pukulan 3 diatas par.

Lapan lagi pemain turut sama berkongsi kedudukan dengan Kelly Tan dengan catatan 7 diatas par keseluruhan termasuk pemain dari Sepanyol, Azahara Munoz.

Kelly membawa pulang wang tunai 23, 619 Dolar Amerika.

- Advertisement -