pkns.fc

Oleh Muhammad Aiman

Kemelut penyertaan naib juara Piala FA, PKNS FC dalam saingan Liga Malaysia musim depan semakin hampir selesai, setelah pasukan itu sah menghantar penyertaan kepada Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP), hari ini.

Presiden PKNS, Siti Zubaidah Abdul Jabar berkata kelab itu telahpun menjadi ahli gabungan Persatuan Bolasepak Melayu Selangor (PBMS) berkuatkuasa 6 Disember dan mengemukakan semula pengesahan penyertaan dalam Liga Super 2017, dengan sokongan daripada Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBMM) kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan FMLLP berlandaskan peraturan sedia ada.

ā€œKeputusan ini dibuat setelah mengambil kira pelbagai aspek ke arah penyelesaian masalah penyertaan PKNS FC dalam saingan Liga-M 2017 dan yang paling penting dalam meneruskan usaha-usaha pembangunan bolasepak PKNS dan Selangor yang merupakan agenda penting bagi kami.

ā€œKesudian PBMS khasnya melalui PBMM menyokong PKNS seharusnya dipandang tinggi oleh semua pihak sebagai sebuah persatuan berjiwa besar dan mempunyai semangat kesukanan tulen dalam meluaskan perkembangan bakat bolasepak khususnya di Selangor.

ā€œPKNS FC tiada hasrat menimbulkan sebarang polemik baru dalam isu penyertaan ke Liga M 2017 kerana kami berpandangan sukan bolasepak yang kita sayangi ini memerlukan kerjasama profesional, komitmen tinggi dan keikhlasan dari pelbagai pihak,ā€ kata Siti Zubaidah.

PKNS FC terpaksa mencari alternatif ini untuk menyelesaikan kemelut penyertaan mereka setelah Persatuan Bolasepak Selangor yang menaungi mereka sebelum ini enggan memberi sokongan kepada kepada kelab itu, dengan menggunakan peraturan pertandingan 4.1.3 (i) iaitu kelab memerlukan sokongan persatuan bolasepak negeri sebagai syarat penyertaan.

Tindakan itu dipercayai bagi menarik perhatian Menteri Besar Selangor, yang juga Presiden FAS, Datuk Seri Azmin AliĀ  yang enggan menyalurkan bajet bagi membantu persiapan pasukan Selangor untuk menghadapi saingan musim baru.

- Advertisement -