Demi kepentingan negara dalam misi Malaysia memenangi pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang bermula bulan depan, Menteri Belia dan Sukan, YB Brig Jen Khairy Jamaluddin mendesak pasukan-pasukan Liga Malaysia melepaskan pemain-pemain yang dimahukan Datuk Ong Kim Swee.

YB Brig Jen Khairy, yang juga pengerusi Jawatankuasa Penganjur Malaysia (MASOC) KL2017, berkata Kim Swee amat memerlukan kerjasama semua pasukan terlibat untuk membenarkan pemain mereka menyertai Skuad Bawah 22 tahun itu.

“Matlamat (meraih) emas juga penting, (jadi perlulah) sesi latihan skuad ini dijalankan tanpa gangguan. Ini juga mewakili permintaan seluruh penyokong bola sepak negara.

“Berilah kerjasama kepada Datuk Ong terutama dalam tempoh kritikal ini yang hanya tinggal kurang dua bulan sebelum Sukan SEA,” katanya selepas Majlis Pelancaran Penjualan Tiket Kuala Lumpur 2017 di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil kemarin.

Difahamkan beberapa pasukan dalam Liga Super seperti Kedah, Pahang, Dan Felcra sebelum ini enggan untuk melepaskan pemain mereka yang dipanggil untuk menyertai kem latihan skuad Sukan SEA yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee.

Penggunaan alasan jadual padat dalam pertandingan Liga Super dan Piala Malaysia yang berlangsung serentak Serta masalah kecederaan ramai tonggak utama untuk tidak melepaskan pemain mereka kepada Datuk Ong Kim Swee.

YB YB Brig Jen Khairy nyata memahami kepentingan Liga M kepada pasukan berkenaan namun beliau amat berharap pasukan-pasukan ini dapat mematuhi permintaan demi kepentingan negara meraih pingat emas Sukan SEA di depan penyokong sendiri.

“Ini adalah permintaan saya dan penyokong dari seluruh negara. Sasaran kita ialah menang emas di Sukan SEA dan memberikan penyokong selepas sokongan tidak berbelah bagi mereka,” kata beliau. – OLEH HUSNIYAH GHAZALI

- Advertisement -