chong.wei

Oleh Ku Mohd Lufti

Kejayaan Datuk Lee Chong Wei merangkul kejuaraan ke 11 Kejohanan Badminton Superseries Premium Terbuka Malaysia mendapat pujian daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau mengucap tahniah kepada Chong Wei menerusi laman social, Twitter.

Datuk Lee Chong Wei menewaskan pemain nombor satu dunia, Chen Long dengan keputusan straight set 21-13, 21-8 dalam masa 42 minit.

Malah, Khairy turut memberi respon kepada pengikut pengikut twitternya, yang bertanyakan pengganti selepas ketiadaan Chong Wei di masa akan datang.

Antara komen yang diberikan Khairy adalah Goh Jin Wei yang disifatkan berpotensi dan merupakan antara permata yang dijangka akan menyinar dalam sukan badminton di Malaysia.

Daripada 10 pemain perseorangan lelaki negara yang beraksi di pusigan kelayakan 3 berjaya mara ke undian utama iaitu Goh Soon Huat, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, dan Chong Yee Han.

2016 Celcom Axiata Malaysia Open - Chong Yee Han -001
Chong Yee Han
- Advertisement -