Oleh Ku Mohd Lufti

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memuji keputusan yang diambil oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang meminta Korea Utara menyediakan gelanggang berkecuali bagi aksi Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Malaysia.

Ia dianggap keputusan yang tepat dan adil, malah bagi aksi timbal balik diantara Malaysia dan Korea Utara juga akan dijalankan di gelanggang berkecuali.

“Itu memang keputusan tepat dan adil. Apa yang diharap keputusan yang dibuat AFC tidak akan mengganggu tarikh perlawanan lain,” kata Khairy.

Baru baru ini, AFC mengumumkan tarikh baru aksi pembukaan Kumpulan B diantara Korea Utara dan Malaysia dijadual bermula pada 8 Jun berbanding jadual asal pada 28 Mac ini.

Malah, AFC mahu Korea Utara memilih dan menyediakan gelanggang berkecuali, sehingga 14 April depan.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memohon kepada AFC untuk menukar gelanggang perlawanan di Korea Utara pada 28 Mac susulan ketegangan hubungan diplomatik antara Pyongyang dan Kuala Lumpur.

- Advertisement -