Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) hari ini dengan berbesar hati mengumumkan HotFM dan Kool101 iaitu station radio berbahasa melayu yang bernaung di bawah Media Prima Audio sebagai rakan radio rasmi bagi Kejohanan FIH Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki, Kuala Lumpur, Malaysia 2023 yang akan membuka tirai pada 5 hingga 16 Disember 2023.

Majlis memeterai perjanjian MoU yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil telah disempurnakan oleh Presiden KHM, Datoā€™ Sri Subahan Kamal bersama Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio, En. Muhammad Nazri Noran.

Majlis tersebut turut disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KHM, En. Nishel Kumar, Pengurus Acara Kejohanan FIH Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki, Kuala Lumpur, Malaysia 2023, En. Brian Fernandez, Timbalan Pengarah Rangkaian Kumpulan Hot FM, Kool 101 dan Digital, Shah Hayatudin serta Pengarah Kanan Rangkaian Kandungan Hot FM, Raja Khairil.

Presiden KHM, Datoā€™ Sri Subahan Kamal dalam sidang media yang berlangsung hari ini nyata gembira dengan kerjasama yang terjalin dengan Media Prima Audio (HotFM dan Kool101) yang bernaung di bawah Kumpulan Media Prima Berhad selaku rakan radio rasmi FIH Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki, Kuala Lumpur, Malaysia 2023.

ā€œHotFM dan Kool101 merupakan station radio yang dikenali oleh rakyat Malaysia dan pilihan belia remaja. Dengan kerjasama yang terjalin ini, kedua-dua station radio ini akan membantu KHM untuk mewar-warkan serta mempromosikan kejohanan yang akan berlangsung ini kepada seluruh rakyat Malaysia.

ā€œPromosi yang akan dilakukan itu juga pastinya akan menarik lebih banyak minat orang ramai untuk sama-sama hadir memeriahkan kejohanan yang julung-julung kalinya diadakan di Kuala Lumpur. Kami turut mensasarkan pelajar-pelajar sekolah untuk turut sama hadir menyaksikan kejohanan ini dan melalui promosi yang akan dijalankan ini pastinya akan membantu kami untuk mencapai sasaran tersebut,ā€ jelas Dato Sri Subahan.

Timbalan Pengarah Rangkaian Kumpulan Hot FM, Kool 101 & Digital, Shah Hayatudin, yang mewakili HotFM dan Kool101 turut melontarkan keyakinan dengan status yang dimiliki oleh HotFM ketika ini iaitu Station Radio Berbahasa Melayu No1 Malaysia, ia mampu untuk mempromosikan kejohanan ini kepada masyarakat di Malaysia dan menarik minat rakyat Malaysia terhadap sukan hoki serta mendekatkan pendengar dengan sukan itu sendiri.

ā€œBagi pihak HotFM dan Kool101, kami sangat bangga dan ini merupakan satu penghormatan untuk kami berada di sini dan menjadi rakan radio rasmi bagi Kejohanan Piala Dunia Remaja ini. Kami telah mengatur pelbagai kandungan serta perancangan aktiviti yang akan diadakan antara dua radio station bersama KHM.

ā€œIni bagi memberikan inspirasi dan membawa pendengar untuk berasa lebih dekat dengan kejohanan ini serta datang menyaksikan kejohanan ini. Sangat penting untuk rakyat Malaysia turut sama dalam kejohanan ini dan berasa bangga menjadi sebahagian daripada kejohanan yang berlangsung.

ā€œKami menerusi HotFM dan Kool101 akan cuba membawa pendengar untuk mengikuti perjalanan kejohanan ini daripada sebelum kejohanan bermula di mana kami akan mula memperkenalkan pemain-pemain kebangsaan kepada mereka, semasa kejohanan berlangsung, mereka dapat melihat dan merasai kehangatan kejohanan yang berlangsung dan semua ini akan dikongsikan menerusi radio juga menerusi laman sosial,ā€ jelas beliau.

- Advertisement -