fit.rembau

Oleh Ku Mohd Lufti

Dareah Rembau bakal menerima kemudahan sukan terbaik apabila Kementerian Belia dan Sukan, KBS akan membina sebuah kompleks sukan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengesahkan Kompleks Belia dan Sukan Rembau akan dibina dihadapan Taman KSNS dengan keluasan 6.07hektar bermula November depan dan dijangka siap akhir 2018, melibatkan kos pembinaan RM27 juta.

“Kompleks ini akan dilengkapi dengan padang sintetik, balapan, dewan yang boleh memuatkan enam gelangang badminton atau 1,500 orang untuk satu-satu masa.

“Selain itu akan ada juga dua gelanggang futsal, dua gelanggang sepak takraw, sebuah gelanggang bola keranjang dan sebuah gelanggang bola jaring,” kata Khairy.

Beliau percaya, Kompleks Belia dan Sukan ini akan menaikkan lagi prestasi anak-anak Rembau di dalam bidang sukan dan akan mengumumkan sebuah lagi projek yang berkaitan dengan sukan yang akan dilaksanakan di Rembau, tidak lama lagi.

- Advertisement -