Oleh Ku Mohd Lufti
Hanya dua wakil negara meneruskan saingan ke peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Australia.
Bergu campuran negara, Chan Peng Soon Goh Liu Ying mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir selepas menundukkan pasangan Hong Kong, Lee Chun Hei Reginald, Chau Hoi Wah straight set 21-11, 21-15.
Peng Soon, Liu Ying yang diletak selaku pilihan ketujuh kejohanan akan bertemu gandingan dari China, Liu Yuchen, Tang Jinhua di peringkat suku akhir esok.
Beregu professional negara, Koo Kien Keat, Tan Boon Heong pula mengejutkan pilihan pertama dari Indonesia Mohd Ahsan, Hendra Setiawan.
Koo dan Tan bangkit daripada ketinggalan untuk melakar kemenangan dalam pertarungan tiga set, 17-21, 21-17, 21-19.
Beregu Malaysia ini akan berdepan satu lagi pasangan dari Indonesia, Berry Angriawan, Rian Agung Saputro esok.
Perjuangan perseorangan lelaki dan wanita juga hanya sekadar di pusingan kedua.
Selepas kekalahan Iskandar Zulkarnain, giliran Zulfadli Zulkifli terkandas apabila tewas kepada pilihan pertama, Chen Long 17-21, 12-21.
Begitu juga dengan perseorangan wanita, Goh Jin wei yang tewas kepada pilihan ketujuh, Saina Nehwal 12-21, 14-21.