Kronos diasaskan pada tahun 1973, di Treviso, Montebeluna, Itali adalah pengeluar barangan bola sepak yang banyak menaja kelab bola di Itali.

Paragon Vest Sdn Bhd telah menjadi pengedar utama barangan Kronos sejak tahun 1998 di Malaysia, Singapura, Brunei dan Thailand.

Semenjak dari itu Kronos Malaysia memperluas koleksi mereka selain bola sepak seperti badminton, futsal, aksesori sukan dan lain-lain.

Pada hari ini, Paragon Vest Sdn Bhd mengadakan memorandum persefahaman (MoU) untuk memperkenalkan jenama Kronos kepada generasi sekarang dengan melantik duta kepada jenama Kronos yang terdiri daripada Mohd Farizal Bin Harun (Selangor FA), Mohd Remezey Bin Che Ros (UKM FC), Shafiq Afifi Bin Suhaimi (Perak FA 2), Muhammad Zarif Irfan Bin Hashimuddin (Felda United).

 

 

Jumlah tajaan untuk kesemua pemain dianggarkan berjumlah rm100’00.00 untuk 2 tahun (2020 & 2021).

Dengan perlantikan ini Kronos Malaysia berharap, jenama ini akan mula mendapat tempat dihati peminat bola sepak tempatan kerana kualiti barangan Kronos setanding dengan jenama terkemuka yang telah lama bertapak di Malaysia.

Dengan teknologi yang digunakan dalam penghasilan produk seperti kasut bola, sarung tangan, pakaian dan aksesori, Kronos berharap jenama ini akan terus bersaing untuk mencapai mutu yang tertinggi.

Peminat bola sepak boleh mendapatkan barangan Kronos di Sport Direct Malaysia, Al Ikhsan dan juga pengedar kami yang sah di seluruh Negara.

- Advertisement -