kedah

Oleh Ku Mohd Lufti

Juara Piala Malaysia 2016, Kedah diraikan oleh Yang di Pertuan Agong, Tunku Abdul Halim Muā€™adzam Shah yang berkenan berangkat ke majlis santapan malam di Dewan Serbaguna Istana Negara malam tadi.

Turut sama hadir, Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah, Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah dan Tunku Laksmana Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah serta Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Ketika berucap, Datuk Seri Ahmad Bashah memuji Yang di Pertuan Agong kerana memberi sentiasa mengikuti perkembangan sukan bola sepak di Kedah.

ā€œKemenangan pada Ahad malam adalah lambang semangat muafakat berpasukan, usaha gigih barisan jurulatih, pihak pengurusan dan seluruh pemain yang mempamerkan semangat kental berfalsafahkan ā€˜Anak Kedah Pantang Kalahā€™.

ā€œKejayaan tahun ini juga membawa makna tersendiri dan menjadi hadiah paling istimewa sempena ulang tahun keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong.ā€ Kata Datuk Seri Ahmad Bashah.

Kedah menewaskan juara 33 kali, Selangor pada Ahad malam di Stadium Shah Alam menerusi penentuan penalti 6-5.

Kedua dua finalis terikat satu sama selepas tamat masa sebenar dan 30 minit perlawanan masa tambahan.

Ini adalah kejuaaran kelima Lang Merah dalam saingan Piala Malaysia selepas 12 kali beraksi di pentas final.

- Advertisement -