Pengeluar dan pemenang anugerah dalam kelengkapan rumah, LG Electronics (LG) telah melantik pemain badminton ternama, Lee Zii Jia, sebagai duta jenama untuk produk inovatif berjenama, LG PuriCareā„¢.

Kerjasama dengan Lee Zii Jia memaparkan komitmen LG dalam membolehkan gaya hidup sihat untuk masyarakat Malaysia dan usaha berterusannya dalam menyediakan produk terkini yang bersih, pantas dan tepat untuk komuniti.

Dengan slogan, Lifeā€™s On, Live Better, jenama LG PuriCareā„¢ berhasrat untuk bekerjasama
dengan Lee Zii Jia untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran dikalangan
masyarakat Malaysia akan kepentingan menjaga kesihatan dan kebersihan di masa ini,
yang mampu direalisasikan melalui penyelesaian canggih air dan udara: Penapis Air
Tanpa Tangki, Penapis Udara dan produk terkini, Penapis Udara Mudah Pakai.

ā€œKami amat berbangga dengan pelantikan Jaguh Badminton Kebangsaan Malaysia, Lee Zii
Jia, sebagai duta jenama LG PuriCareā„¢.

Dengan tekad dan kesungguhan Zii Jia dalam menerajui cara hidup sihat, ia amat bersesuaian dengan pendirian jenama kami ā€“ terus maju ke hadapan dalam penjagaan kesihatan ā€“ dan produk berasaskan kebersihan untuk kesejahteraan hidup pengguna Malaysia,ā€ kata Kim Kyu Tae, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia.

ā€œMelalui kerjasama dengan Lee Zii Jia, kami berharap agar pengguna sentiasa diingatkan
untuk menjadikan penjagaan kesihatan dan kebersihan suatu keutamaan dalam
kehidupan mereka menuju ke era norma baharu,ā€ tambah Kim.

Lee Zii Jia, pemenang pingat emas acara Lelaki Perseorangan di Temasya Sukan Asia
Tenggara 2017, pemenang Kejohanan Badminton Terbuka All England 2021 dan bakal
menyertai Thomas Cup di Denmark, terus menempa kejayaan yang memberangsangkan di
arena badminton antarabangsa semuda 23 tahun.

ā€œSaya sentiasa bekerja bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi saya di setiap
latihan, permainan dan kejohanan. Salah satu fokus saya untuk merealisasikannya adalah
melalui penjagaan kesihatan dimana saya selalu memastikan air dan udara adalah
berkualiti di rumah mahupun di luar. Saya percaya rangkaian LG PuriCareā„¢ menepati cara
hidup saya,ā€ kata Lee Zii Jia.

- Advertisement -