Jing Yee yang juga pemain perseorangan wanita utama negara turut mengakui dia mendapat pengalaman baru menerusi penyertaannya bersama pasukan Kelab Badminton Kepong dalam Purle League 2015.

Oleh Ku Mohd Lufti

Lima wakil negara meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir kejohanan Badminton Grand Prix Taiwan Masters.

Bergu wanita Chow Mei Kuan – Lee Meng Yean menjadi wakil pertama mara ke suku akhir selepas menundukkan gandingan Jepun, Namin Matsuyama – Chiharu Shidastraight set 11-4, 11-4, 12-10.

Turut sama mengikuti jejak Mei Kuan dan Meng Yean adalah Lim Yin Loo – Wen Yap Cheng yang melakar kemenangan ke atas pasangan tuan rumah, Xiao Min Lin, Wu Fang Chien dengan keputusan 11-8, 11-7, 11-9.

Mengikuti jejak bergu wanita selepas itu adalah dua pemain perseorangan lelaki, Tan Chun Seang dan Liew Daren.

Chun Seang bangkit daripada kekalahan di set pertama untuk mengecewakan pemain tuan rumah, Shih Kuei Chun dalam pertarungan empat set 9-11, 11-6, 11-6, 11-9.

Manakala Liew Daren juga dipaksa bertarung empat set sebelum mengesahkan kemaraan ke pering suku akhir, menundukkan pemain dari Thailand, Adulrach Namkul 11-9, 9-11, 11-9, 11-7.

Aksi perseorangan wanita pula menyaksikan Tee Jing Yee yang diletak selaku pilihan kedua mara ke suku akhir selepas menang ke atas pemain Singapura, Yeo Jia Men 11-9, 15-14, 11-3.

Kejohanan Badminton Grand Prix Taiwan Master menggunakan sistem pengiraan 11 mata.

- Advertisement -