Pusingan kedua saingan badminton All England menyaksikan lima wakil negara meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir selepas mengatasi lawan masing masing di pusingan kedua semalam.

Perseorangan lelaki, Lee Zii Jia terus mempamer aksi konsisten dimana pilihan keenam ini menang straight set ke atas wakil Denmark, Hans-Kristian Solberg Vittinghus 21-12, 21-13

Zii Jia akan menentang pilihan pertama dari Jepun, Kento Momota yang menang ke atas H S Prannoy 21-10, 21-10.

Wakil tunggal bergu wanita negara, Pearly Tan – M Thinaah terus menyengat apabila turut mengesahkan slot ke suku akhir selepas menang ke atas gandingan dari England, Jessica Hopton – Jenny Moore 21-18, 21-7.

” Di set pertama kami melakukan kesilapan kerana belum memahami cara permainan mereka. Tetapi di set kedua, kami dapat rentak yang kami mahukan dan mengawal permainan dengan baik.

“Saya dan Pearly dalam moemntum terbaik dan kami perlu lebih bersabar dan aggresif untuk perlawanan hari esok (hari ini). Kami akan berikan tentangan habis habisan sehingga penghujung perlawanan,”kata M Thinaah.

Pearly Tan turut mengulas “kami tidak merasakan banyak tekanan kerana ini adalah penampilan pertama kami di All England. Apa yang kami mahu adalah meraih pengalaman dan lebih baik dari satu perlawanan ke perlawanan seterusnya.”

Juara Terbuka Switzerland ini akan berdepan pilihan kelima dari Jepun Nami Matsuyama – Chiharu Shida yang menundukkan bergu Estonia Kati-Kreet Marran – Helina Rüütel 21-8, 21-12.

Sementara itu, dua wakil negara dalam aksi bergu campuran, Tan Kian Meng – Lai Pei Jing dan Chan Peng Soon – Goh Liu Ying mara ke suku akhir.

Kian Meng-Pei Jing yang turun selaku pilihan keenam menundukkan Steven Stallwood – Annie Lado dari England 21-15, 21-15 sekaligus bakal berdepan pilihan kedua dari Jepun, Yuta Watanabe – Arisa Higashino.

Manakala Peng Soon – Lui Ying yang juga piihan ketiga mengatasi pasangan Thailand, Nipitphon Phuangphuapet – Benyapa Aimsaard 21-9, 21-8 dan akan berdepan pilihan ketujuh dari Perancis Thom Gicquel – Delphine Delrue yang menundukkan satu lagi wakil negara, Chen Tang Jie – Peck Yen Wei

Turut sama terkandas di pusingan kedua, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie serta dua bergu profesional negara, Ong Yew Sin – Teo Ee Yii dan Goh V Shem – Tan Wee Kiong.

- Advertisement -