2016 celcom axiata Malaysia Open - logo W650xH230Oleh Ku Mohd Lufti

Pemain nombor dua dunia, Lin Dan enggan meletakkan sebarang sasaran di Kejohanan Badminton Superseries Premium Terbuka Malaysia 2016.

Semi finalis 2015 ini lebih gemar untuk memberi tumpuan disetiap perlawanan yang diharungi kerana gusar akan memberi tekanan ke atas dirinya ketika digelanggang jika meletakkan sasaran.

“Saya tidak meletakkan sebarang sasaran di kejohanan ini. Saya akan berikan yang terbaik dlam setiap perlawanan dan berharap untuk terus kekal beraksi sehingga ke hujung minggu,” kata Lin Dan.

Terbuka Malaysia 2015, Lin Dan mara sehingga ke perlawanan akhir sebelum tewas kepada rakan senegara yang juga pemain nombor satu dunia, Chen Long.

Juara All England ini akan berdepan pemain dari pusingan kelayakan pada di pusingan pertama.

Lin Dan di jangka tidak berdepan masalah untuk ke pusingan kedua sekaligus bertemu samada pemain Thailand, Boonsak Ponsana atau K Srikanth dari India.

Pertarungan tumpuan dijangka akan berlaku di peringkat separuh akhir di mana Lin Dan mungkin berdepan pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei, andai kedua dua pemain melakar kemenangan sehingga ke peringkat suku akhir.

Kejohanan Badminton Superseries Premium Terbuka Malaysia akan berlangsung dari 5 hingga 10 April di Stadium Melawati, Shah Alam.

- Advertisement -