Program Pembangunan Hoki Kebangsaan (NHDP), Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) hari ini mengorak satu langkah kehadapan apabila berlangsungnya majlis pelancaran logo Program Pembangunan Hoki Kebangsaan (NHDP) yang dirasmikan oleh Menteri Belia Dan Sukan, YB, Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Majlis pelancaran turut disaksikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia Dan Sukan, En. Mohd Azhari Mohammad, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Dato’ Ahmad Shapawi Ismail, Presiden KHM, Dato’ Sri Subahan Kamal, Timbalan Presiden KHM, Prof. Dato’ Dr. Shamala Subramaniam, yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan KHM dan Penolong Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum Dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Dr. Izham Md Isa.

Pada tahun 2018, KHM telah memulakan program pembangunan dibawah penjenamaan Program Pembangunan Hoki Kebangsaan (NHDP) dengan kerjasama Majlis Sukan Negara. Program tersebut melibatkan sebanyak 50 pusat bagi kategori lelaki dan 20 pusat kategori wanita.

Hari ini, KHM telah melancarkan logo Program NHDP secara simbolik untuk memberi satu penjenamaan yang kukuh kepada eko-sistem hoki serta program yang berstruktur, meliputi kategori lelaki dan wanita selain ianya sebagai satu initiatif bagi memartabatkan dengan lebih kukuh pembangunan atlet dan pegawai wanita.

Pada tahun 2020, kejuruteraan semula (reengineering) program NHDP secara menyeluruh telah dilakukan bagi menstruktur aliran kitaran pemain daripada peringkat akar umbi kepada peringkat elit.

\Penstrukuturan semula tersebut dilakukan bagi mewujudkan struktur baru dengan empat lapisan iaitu Pusat Akar umbi (U-12), Pusat Daerah (U-14), Pusat Negeri (U-16) dan Pusat Kebangsaan (U-18) dimana program ini secara rasmi melibatkan Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai rakan kerjasama dengan pihak KHM dan MSN.

Selain itu, ia juga bagi memperkasakan pusat wanita dengan memberikan lebih tumpuan kepada pembangunan wanita secara komprehensif iaitu dari segi Pembangunan Jurulatih Wanita, Pembangunan Pegawai Teknikal dan Pengadil daripada pegawai di pusat NHDP, Pembangunan serta penglibatan bekas pemain kebangsaan dalam program kejurulatihan serta kepegawaian NHDP, Program kepimimpinan Wanita dan Program sandaran pemain wanita NHDP dengan kelab/pasukan luar negara.

Selain itu, ia juga bagi memperkukuhkan sistem pertandingan yang lebih menyeluruh serta dengan kekerapan yang lebih tinggi untuk mewujudkan elemen kompetitif. 

- Advertisement -