Gelanggang wushu menyumbang pingat kedua di Kejohanan Sukan Universiti Dunia (WUG) di Gimnasium Hsinchu , Taiwan.

Loh Choon How melengkapkan podium selaku pemenang pingat gangsa dalam acara Taijiquan dan Taijijian Lelaki.

Dalam displin Taijiquan, Choon How meraih 9.37 mata untuk menduduki tangga kelima keseluruhan daripada 11 atlet yang mengambil bahagian.

Displin ini diungguli Kong Fanhui dari China yang meraih 9.67 mata diikuti Zhuang Jiahong (9.52 mata).

Tuah seakan akan memihak Choon How dalam displin Taijijian apabila berada di tangga kedua selepas mengumpul 9.63 mata manakala  pendahulu , Fan Hui mengumpul mata tertinggi 9.66 mata.

Kiraan mata secara keseluruhan, Loh Choow How mengumpul 19.00 mata untuk berpuas hati dengan pingat gangsa, hanya dibezakan 0.01 mata dengan pemenang pingat perak yang juga atlet tuan rumah, Cheu Yuwei (19.01 mata) manakala Fanhu cemerlang selaku pemenang pingat emas dengan catatan keseluruhan 19.33 mata.

Terdahulu pingat gangsa pertama Malaysia di sumbang menerusi badminton berpasukan .

- Advertisement -