Ini adalah kali ke 2 Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia atau Malaysian Deaf Sports Association (MSDeaf) menganjurkan majlis Anugerah Sukan Pekak Negara 2025 (ASPN 2025).

Tujuan utama MSDeaf mengadakan majlis anugerah ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan atlet-atlet Pekak yang telah memenangi pingat untuk negara kita serta juga kepada individu-individu yang telah memberi sumbangan bakti kepada
pembangunan sukan Pekak negara sejak MSDeaf ditubuhkan pada tahun 1997 lalu.

Sebanyak 8 anugerah utama akan disampaikan pada ASPN 2025 iaitu seperti berikut dibawah :

  1. Anugerah Kepimpinan Sukan;
  2. Anugerah Tokoh Sukan;
  3. Anugerah Jurulatih Kebangsaan;
  4. Anugerah Khas;
  5. Anugerah Olahragawan Harapan Pekak Lelaki;
  6. Anugerah Olahragawan Harapan Pekak Wanita;
  7. Anugerah Olahragawan Pekak Lelaki
  8. Anugerah Olahragawan Pekak Wanita.

  9. Untuk meraikan majlis yang bersejarah ini MSDeaf dengan sukacitanya telah mendapat persetujuan dari Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB. Dr. Mohammed Taufiq Johari yang akan hadir pada majlis ASPN 2025 ini.
  10. Tetamu VIP lain yang telah mengesahkan kehadiran ialah YB DatoSri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, YB Tuan Daniel Gooi Zi Sen, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, YBhg. Dato Ts Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS, Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah JBSN serta lain-lain pegawai kerajaan persekutuan dan negeri.
  11. Tetamu VIP istimewa luar negara yang dijemput khas ialah Mr Isao Hayashi, Datuk Bandar Miyoshi Town, Saitama Jepun serta 5 deligasi Miyoshi Town. Mr Isao Hayashi dijemput kerana beliau akan menerima Anugerah Khas atas sumbangan Miyoshi Town menaja latihan pusat selama 2 minggu tahun lalu kepada Kontinjen Pekak Malaysia sebelum bertanding di 25th. Deaflympics Games, Tokyo pada November
  12. Selain itu Komuniti Miyoshi Town telah menjadi penyokong setia Malaysia sewaktu atlet-atlet Pekak negara bertandingan di Deaflympics Games Tokyo.

Selain itu MSDeaf juga turut menjemput rakan-rakan NGO iaitu Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), YBhg. Dato’ Sri Megat D. Shahriman Bin Dato’ Zaharudin; Y.Bhg. Dato` Hj. Ahmad Shapawi Ismail, Pengerusi YAKEB serta tetamu VIP yang lain.

Anugerah Sukan Pekak Negara 2025 (ASPN 2025)

Tarikh: 29hb. Januari 2026 (Khamis)

Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengahari

Tempat: 2 Tingkat , Casa 4,
Majlis Sukan Negara, Kuala Lumpur

- Advertisement -