Pengendali skuad kebangsaan, Tang Cheng Hoe mampu untuk tersenyum seketika selepas tamat undian kumpulan bagi Piala AFF 2018 yang akan bermula pada November depan.

Malaysia diundi di dalam kumpulan A bersama sama Vietnam, Myanmar, Kemboja dan Laos.

Manakala kumpulan B menyaksikan juara dua kali berturut turut, Thailand bakal berdepan cabaran sengit apabila diundi bersama sama Indonesia, Filipina, Singapura dan pemenang bagi pusingan kelayakan yang akan diadakan kelak.

Malaysia muncul juara pada 2010, menduduki tempat kedua sebanyak dua kali (1996, 2014).

Namun aksi terakhir pada 2016, Malaysia gagal melangkah ke separuh akhir selepas terkandas di peringkat kumpulan.

- Advertisement -