subahan.kamal.6

Oleh Ku Mohd Lufti

Samada perkhabaran gembira atau sebaliknya, hanya barisan kejurulatihan dan pengurusan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM( sahaja yang mampu memberi jawapan.

Ibarat bulan jatuh ke riba, Malaysia di pelawa oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) untuk menyertai Kejohanan Piala Dunia Remaja 2016 yang akan berlangsung di Lucknow, India bermula dari 8 hingga 18 Disember depan.

FIH menjemput Malaysia di saat saat akhir selepas Pakistan gagal menyelesaikan permohonan visa daripada kerajaan India serta menguruskan penginapan.

“Perkara ini telah dibincangkan dengan ahli Lembaga Eksekutif hari ini dan mereka bersetuju untuk menyertai saingan itu selepas mengambil kira nasihat daripada Datuk Ow Soon Kooi (Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan) dan Terry Walsh (Pengarah Teknikal).

“Pasukan remaja akan mengambil bahagian dalam Piala Dunia Remaja Lelaki. Jadi ianya satu pengalaman dan pendedahan yang baik kepada pasukan,” kata Datuk Seri Subahan Kamal dalam kenyataan media oleh KHM.

Tambahnya lagi, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) turut memberikan kelulusan selepas dimaklumkan tentang perkara ini.

Alasan KHM memberi pendedahan dan pengalaman mungkin dilihat keputusan yang positif.

Namun, adakah pemain pemain benar benar bersedia dan mampu mempersiapkan diri dalam tempoh kurang seminggu agar Malaysia tidak dijadikan pasukan belasahan?

Datuk Seri Subahan Kamal turut mengulas skuad pembangunan ketika ini bukan fokus utama susulan kegagalan melayakkan diri secara merit ke Piala Dunia Remaja.

KHM dan Pengarah Teknikal, Terry Walsh serta barisan kejurulatihan lebih menumpukan pasukan bawah 21 tahun yang kini di bimbing Nor Saiful Zaini dan pemain pemain yang berada di bawah program hoki 1MAS.

- Advertisement -