Sports Managers and officials from the various National Sports Associations (NSA) were reminded to make early preparation for the 2017 SEA and ASEAN Para Games.
Sports Managers and officials from the various National Sports Associations (NSA) were reminded to make early preparation for the 2017 SEA and ASEAN Para Games.

JAWATANKUASA Penganjur Sukan SEA 2017 (MASOC) hari ini (11 Ogos 2016) menganjurkan Bengkel Penyelarasan Bajet Teknikal dan Sukan bertujuan menyelaras persediaan Persatuan-persatuan Kebangsaan menghadapi Sukan SEA ke-29 dan Para ASEAN ke-9 pada Ogos dan September tahun depan.

Bengkel sehari itu, yang dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MASOC Datoā€™ Seri Zolkples Embong, disertai Pengurus dan wakil-wakil dari kesemua Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) yang terbabit dalam Sukan SEA 2017 dan Sukan Para ASEAN ke-9.

Dato Zolkples, dalam ucapan perasmiannya mahu semua Persatuan-persatuan Sukan terbabit menerapkan budaya kerja efisien dan membuat persiapan awal bagi memastikan kejayaan penganjuran kedua-dua temasya itu.

Sukan SEA ke-29, yang mempertandingkan 38 sukan dan 405 acara, akan berlangsung dari 19 hingga 31 Ogos 2017 manakala Sukan Para ASEAN dari 17 hingga 23 September 2017.

Bengkel berkenaan adalah yang kedua dianjurkan oleh MASOC dalam masa tiga hari. Selasa lepas, MASOC menganjurkan Bengkel Permurnian Bajet Kuala Lumpur 2017 bersama Jawatankuasa-jawatabkuasa Kecil Jawatankuasa Pengelola Kuala Lumpur 2017.

ā€œSaya harap semua pengurus dan wakil-wakil persatuan dapat memperincikan semua aspek teknikal membabitkan sukan mereka. Ini bertujuan memudahkan MASOC untuk menyelaras persiapan menjelang dua temasya itu,ā€ kata Dato Zolkples.

Bengkel yang dikendalikan oleh Pegawai Eksekutif Operasi Sekretariat Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA 2017, Mohd Sofian Hamzah itu antara lain menyentuh pelbagai aspek teknikal sukan termasuk venue, peralatan, pengurusan acara, penginapan, pengangkutan dan penyediaan peruntukan.

Wakil dari Persatuan Sukan Kebangsaan memperincikan persiapan sukan masing-masing pada bengkel anjuran MASOC
Wakil dari Persatuan Sukan Kebangsaan memperincikan persiapan sukan masing-masing pada bengkel anjuran MASOC

_MG_6708

KUALA LUMPUR 2017: LETā€™S WORK HAND IN HAND, MASOC TELLS NSAs

THE Malaysia SEA Games Organising Committee (MASOC) organised a Budget and Technical Streamlining Workshop today (11 August 2016) in preparation for the 29th SEA Games and the 9th ASEAN Para Games in Putrajaya.

The one-day workshop, officiated by MASOC Chief Executive Officer Dato Seri Zolkples Embong, was attended by Managers and representatives from all National Sports Associations (NSAs) involved in the organisation of both Games.

Dato Zolkples, earlier in his speech, reminded NSAs to be proactive and work closely with MASOC to avoid glitches and ensure overall success in the organisation of the 2017 Games.

ā€œI hope all Sport Managers and representatives will be able to finalise details on the various technical requirement and aspects by the end of the day,ā€ said Dato Zolkples.

MASOC Operation Executive Officer, Mohd Sofian Hamzah, conducted the workshop and reminded the various NSAs to always be mindful of their budget and to comply with all technical aspects of the Games.

This includes aspects related to preparation of venues, equipment, officials and technical expertise, event management, accommodation, food and beverage, transport and budget allocations. Ā 

The 29th SEA Games, featuring 38 sports and 405 events, will run from 19 to 31 August 2017 while the 9th ASEAN Para Games has been fixed from 17 to 23 September 2017.

- Advertisement -