Hari yang menggembirakan buat kem negara di Bangkok yang sedang beraksi di Final Jelajah Dunia apabila gandingan bergu negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean mengesahkan slot ke peringkat separuh akhir.

Turun dengan status under dog, Mei Kuan dan Meng Yean menepis jangkaan ramai pihak kem bergu wanita akan pulang awal.

Namun, aksi terakhir kumpulan A menentang pilihan pertama Indonesia Greysia Polii-Apriyani Rahayu, semangat juang yang dipamerkan cukup luar biasa apabila mengesahkan kemenangan straight set 21-13, 21-17.

“Cara kami bertahan dan serang balas baik sekali dan ia memberi tekanan kepada mereka. Inilah kemenangan yang paling penting diperlawanan ini,”kata Chow Mei Kuan

Lee Meng Yean turut menambah “Sudah tentu kami gembira mara ke separuh akhir tetapi perlu ingat, tidak boleh mudah memberikan mata kepada lawan dan perlu mempersiapkan kekuatan mental dan fizikal.”

Kemenangan itu menyaksikan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean mengesahkan slot ke peringkat separuh akhir selepas menamatkan saingan kumpulan A bergu wanita ditangga kedua dibelakang gandingan Korea Selatan, Lee So Hee-Shin Seung Chan yang menundukkan satu lagi bergu wanita negara, Vivian Hoo-Yap Cheng Wen, 21-12 21-16.

Mengikuti jejak langkah Mei Kuan dan Meng Yean adalah bergu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie yang turut mengesahkan slot ke separuh akhir.

Turun menentang gandingan Indonesia, Hafiz Faizal-Gloria Emanuelle Widjaja Soon Huat dan Shevon bagaimanapun tewas 17-21 di set pertama namun bangkit dengan aksi yang lebih kemas untuk menang dua set berikutnya 21-13, 21-13.

Selepas tiga perlawanan dalam kumpulan B, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie menghuni tangga kedua berkongsi dua matadengan pendahulu dari Perancis Thom Gicquel-Delphine Delrue.

Dalam pada itu, bergu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menamatkan saingan kumpulan B ditangga keempat selepas tewas kepada pilihan ketiga dari Indonesia Mohd Ahsan-Hendra Setiawan 21-18, 17-21, 11-21.

Satu lagi bergu lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yii turut tewas dalam aksi terakhir kumpulan A selepas ditundukkan gandingan dari England, Ben Lane-Sean Vendy 15-21, 13-21 sekaligus menamatkan saingan dikedudukan ketiga 

Perseorangan lelaki, Lee Zii Jia turut tewas selepas ditundukkan oleh wakil Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting dslam aksi tiga set 21-12 15-21 21-13.

- Advertisement -