Tiada ‘belas kasihan’ untuk pengurusan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) apabila Malaysian Football League kekal dengan pendirian untuk mengekalkan keputusan untuk menyingkir Perlis daripada Liga Malaysia termasuk saingan Premier bagi musim ini.

Menerusi kenyataan media, MFL menerusi Ahli Lembaga Pengarahnya bersetuju unuk mengekalkan keputusan yang telah dibuat selepas menerima dokumen sokongan bagi proses rayuan oleh PFA.

PFA menyerahkan dokumen yang mengesahkan jumlah dana daripada penaja yang akan didepositkan dalam akaun escrow dengan peguam dan perancangan masa depan PFA bagi mengukuhkan aspek kewangan.

 

Kenyataan Malaysia Football League 

 

 

“Perlis dimaklumkan bahawa surat dari peguam itu mesti menunjukkan wang berada di dalam akaun. Perlis turut dimaklumkan bahawa ia tidak boleh menjadi surat untuk mengatakan bahawa wang akan didepositkan dalam akaun jika rayuan diterima.

“Timbalan Presiden PFA, Mohd Abdul Karim Khan Mansor Ahmad Khan bersama penaja berpotensi Perlis bertemu dengan Sekretariat MFL bertarikh 26 Februari 2019 untuk mengemukakan dokumen untuk tujuan rayuan di mana penaja berpotensi Perlis bersama mereka.

“Dalam mesyuarat tersebut, Perlis merayu untuk kekal dalam Liga Premier dan menyatakan bahawa mereka tidak berminat untuk menyertai Liga M3 kerana ia akan membawa kepada penarikan penaja mereka.

“Setelah mengkaji dokumen yang dikemukakan oleh PFA, surat dari peguam penaja berpotensi menyatakan bahawa penaja berpotensi hanya akan mendeposit dana penajaan sebanyak RM8,000,000 jika rayuan Perlis dibenarkan. Ini jelas tidak memenuhi tuntutan MFL yang mahu dana penaja dimasukkan terlebih dahulu dalam akaun escrow.

“Justeru Lembaga Ahli Pengarah MFL telah memutuskan untuk menolak rayuan Perlis dan keputusan untuk menyingkirkan Perlis daripada Liga Premier 2019 dikekalkan,”. kata Mustaza Ahmad 

Perlis disingkirkan daripada Liga Malaysia selepas masalah tunggakan gaji yang kina melarat malah gagal membuktikan mereka mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk beraksi bagi musim ini. 

 

 

- Advertisement -