Liga bolasepak Amerika Syarikat, Major League Soccer (MLS) akan disambung semula minggu ini dengan beberapa venue bakal dilangsungkan tanpa kehadiran penonton.

MLS ditunda pada 12 Mac dan pasukan hanya sempat untuk bermain dua perlawanan susulan penularan wabak Covid 19.

Perancangan awal untuk menyambung semula MLS pada Julai juga terhenti selepas pemain pemain pasukan Dallas dan Nashville disahkan positif Covid 19.

Commisioner MFL, Don Garber menjelaskan, pihaknya telah menyediakan pelan dan protokol untuk memulakan semula liga.

Beliau mahu semua pihak yang terlibat mematuhinya demi menjamin kelancaran perlawanan dan jika ia gagal dilakukan, MLS tidak akan mampu diteruskan.

Selain protokol keselamatan dan kesihatan yang komprehensif, kesemua pemain dan pegawai pasukan perlu menjalani ujian saringan Covid 19 sebelum menempuh 18 perlawanan musim ini.

Malah, tidak semua venue pertandingan akan dilangsungkan tanpa kehadiran penyokong sebagai langkah mengelak penularan wabak Covid 19.

Tambah Garber lagi, pihaknya bersedia dengan sebarang kemungkinan dan cabaran yang bakal mendatang kelak termasuk penundaan perlawanan.

 

- Advertisement -