iaaf.worldOleh Ku Mohd Lufti

Hasrat untuk melihat seorang lagi pelari pecut remaja negara mara ke separuh akhir di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Bydgoszcz, Poland tidak kesampaian apabila Mohd Rizzua Haizad Muhammad sekadar menduduki tempat ke enam di saringan ke tujuh dengan catatan masa 13.38 saat.

Manakala dalam senarai 58 atlet yang mengambil bahagian dalam acara 110 Meter Lelaki  berpagar, Rizzua menduduki tangga ke 31.

Hanya 24 atlet layak ke separuh akhir berdasarkan ranking catatan masa selepas tamat kesemua peringkat saringan. 

Atlet pecut remaja negara, Khairul Hafiz Jantan dijangka beraksi awal pagi esok untuk memburu slot final bagi acara pecut 100 Meter lelaki.

- Advertisement -