mas-u22
Oleh Ku Mohd Lufti
Pemain gantian, Muhd Syafiq Ahmad memastikan skuad Bawah 22 Tahun Malaysia melakar kemenangan 2-0 ke atas Brunei Darussalam dalam aksi perlawanan persahabatan antatabangsa di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Ketiadaan beberapa tonggak utama yang seringkali dipanggil Frank Bernhardt jelas sekali merencatkan corak serangan.
Biarpun dihidangkan dengan beberapa peluang keemasan, ketumpulan penyudah menyaksikan Skuad Projek Sukan Sea 2017 kembali ke bilik persalinan dengan tanpa jaringan.
Percaturan Bernhardt memasukkan penyerang Muhd Syafiq Ahmad di babak kedua perlawanan sedikit sebanyak menghidupkam posisi serangan.
Sorakan penyokong Malaysia hanya bergema di minit ke 74 menerusi Syafiq untuk meletakkan Malaysia mendahului 1-0.
Sepeuluh minit berselang, Syafiq sekali lagi melakar nama selaku penjaring untuk Malaysia selesa mendahului 2-0.
Kedudukan tersebut kekal hingga tamat perlawanan, dan kedua dua pasukan akan kembali semula ke Paroi untuk perlawanan persahabatan kedua pada Sabtu.
- Advertisement -