Oleh Ku Mohd Lufti

Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) secara terbuka menyatakan sokongan penuh kepada pmilik kelab, Johor Darul Takzim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menduduki kerusi utama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Presidennya, Datuk Seri Idris Haron berkata, Tunku Mahkota Johor itu dilihat mampu mengangkat bola sepak negara ke tahap lebih baik.

Idris menegaskan, Tunku Ismail merupakan calon paling layak untuk menerajui badan induk bola sepak negara itu berdasarkan pencapaian dan kewibawaan baginda memacu kecemerlangan JDT di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Malah, beliau yang juga Presiden MUSA juga jelasnya mempunyai keyakinan tinggi terhadap keupayaan Tunku Ismail untuk mengembalikan imej sekali gus meningkatkan mutu bola sepak negara.

“Baginda mempunyai bakat dalam kepimpinan persatuan bolasepak, telah dibuktikan melalui pencapaian pasukan JDT yg bukan saja memenangi tiga kali kejuaraan Liga Super tetapi juga menjadi kebanggaan negara apabila bertanding di peringkat FA, benua.

“Itu sebenarnya telah membuktikan bahawa baginda boleh memimpin persatuan dan kalau melakukan perkara yang sama apa yg dilakukan untuk pasukan Johor sudah pasti pasukan Malaysia pun boleh menjadi kebangsaan kita pada masa akan datang di bawah kepimpinan baginda,” kata Idris.

Bagi pertandingan merebut jawatan Presiden FAM, selain Tunku Ismail, turut dicalonkan adalah Menteri Belia dan Sukan,  Khairy Jamaluddin Abu Bakar selain bekas Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat.

- Advertisement -