– Dianjurkan pada 4 Februari 2023 bersempena minggu Kejohanan Renang Perairan Terbuka Asia Tenggara (2-4 Februari)

– Aquathlon bakal dipertandingkan buat julungkalinya di Sukan SEA Kemboja

Kejohanan NeptuneX113 Aquathlon Putrajaya 2023 (NX113 Aquathlon) yang dijadual berlangsung di Tasik Putrajaya pada 4 Februari depan akan memberi peluang buat para atlet sukan multi disiplin mencuban nasib untuk mewakili negara pada Sukan SEA di Kemboja tahun depan.

Sukan aquathlon, yang membabitkan disiplin larian dan renang, akan dipertandingkan buat kali pertamanya apabila temasya sukan dwitahunan Asia Tenggara itu kembali untuk edisi ke-32 nya pada 5-17 Mei tahun depan.

Oleh itu, pihak penganjur Hybrid Management Sdn Bhd telah mengambil kesempatan ini untuk mengelolakan NX113 Aquathlon seiring dengan edisi sulung Kejohanan Renang Perairan Terbuka Asia Tenggara 2023 (SEAOWSC) yang akan berlangsung dari 2-4 Februari di venue yang sama.

Dengan sanksi daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Persatuan Triathlon Malaysia (MTA), NX113 Aquathlon telah diperakui sebagai medan pemilihan atlet-atlet ke Sukan SEA.

Maka, mereka yang memasang cita-cita besar untuk beraksi di pentas Sukan SEA usah melepaskan peluang terbaik ini dengan menguji kehebatan diri masing-masing dalam kategoriElitNX113 Aquathlon,di mana para perserta perlu berenang sejauh 500 meter dan disusulil larian 2.5 kilometer.

Tiga lagi kategori lain yang dipertandingkan adalah Standard (renangan 1.5km renang/larian 10km), Pecut (renangan 750m/larian 5km) serta Super Sprint (renangan 500m/larian 2.5km), yang mempertandingkan jarak yang sama dengan Elit.

Justeru, para atlet yang inginmemburu tempat ke Sukan SEA melalui kategori Elit haruslah mengemukakan permohonankepadaPersatuan Triathlon Negeri masing-masing terlebih dahulu.

Hanya individu yang berdaftar dengan Persatuan Triathlon Negeri akan dipertimbangkan untuk kelayakkan Sukan SEA.

Presiden MTA Tony Tan mengharapkan agar penganjuran NX113 Aquathlon bersempena SEAOWSC akan dapat menaikkan profil sukan aquathlon di negara ini.

“Di Malaysia, aquathlon memang sentiasa dibayangi kedua-dua ‘abangnya’ iaitu triathlon dan duathlon (berbasikal dan larian) selama ini. Jadi, kami amat mengharapkan melalui penganjuran NX113 Aquathlon bersempena SEAOWSC akan sedikit sebanyak meningkatkan populariti sukan ini di negara ini,” kata Tony.

“Sebagai mempromosikan sukan ini, maka kami telah cadangkan supaya NX113 Aquathlon dijadikan sebagai perlumbaan kelayakkan bagi Sukan SEA. Proses kelayakkan akan mengambil kira catatan masa semua peserta dan adalah tertakluk kepada segala kriteria yang ditetapkan oleh Majlis Olimpik Malaysia.”

Pengarah Perlumbaan NX113 Aquathlon Andy Foo berkata pihaknya komited untuk menganjurkan satu perlumbaan yang kompetitif dan selamat.

“Dengan penganjuran NX113 Aquathlon dilakukan serentak dengan SEAOWSC di venue tersohor Tasik Putrajaya, kami yakin dapat membawakan satu pertandingan yang lebih besar, bagus dan selamat untuk semua peserta,” kata Andy.

“Ini merupakan satu permulaan yang baik untuk sukan aquathlon yang mempunyai potensi begitu besar untuk diperkembangkan.”

Bekas perenang negara Cindy Ong turut tidak ketinggalan memberikan sokongan padunya terhadap NX113 Aquathlon.

Juara dunia World Aquatics Masters lima kali yang kini bergelar jurulatih itu memberitahu bahawa dia telah mengalakkan anak-anak didiknya untuk mengambil bahagian dalam acara tersebut.

“Penganjuran NX113 Aquathlon akanmemberipendedahan yang baik buat sukan aquathlon dan seterusnyamenjadikannya lebih dikenali di negara ini,” kata Cindy, yang pernah beraksi di Olimpik 2004 di Athens.

“Tidak ramai tahu banyak tentang aquathlon, jadi saya rasa ini peluang terbaik untuk menarik minat orang ramai, terutamanya dalam kalangan komuniti pelari untuk turut berkecimpung dalam sukan renang.

“Meskipun melibatkan jarak singkat dan tidak mengambil tempoh lama, ia tetap satu perlumbaan cukup kompetitif kerana para peserta akan dicabar untuk memecut dengan sepantas mungkin.”

Orang ramai yang berminat untuk mengambilbahagian dalam NX113 Aquathlon bolehlah mendaftar menerusi registration@neptunextreme.com.

Penyertaan telah pun dibukasejak 16 Disember, 2022 dan akan ditutup 15 Januari, 2023.
Tawaran yuran penyertaan awal pada RM150 untuk kategori Elite/Super Sprint, Standard (RM290) dan Sprint (RM220) adalah sah sehingga 31 Disember, 2022.

Selepas itu, yuran penyertaan biasa adalah ditetapkan pada harga RM180 bagi Elite/Super Sprint, Standard (RM320) dan Sprint (RM250).

- Advertisement -