Penjaga gol utama Bayern Munich, Manuel Neuer sah akan kekal bersama Bayern Munich selepas menandatangani kontrak sehingga 2023.

Spekulasi melibatkan penjaga gol nombor satu Jerman itu mula bertiup selepas kapten Bayern Munich itu berdiam diri tentang statusnya bersama gergasi Bundesliga.

Nueer menjelaskan, sepanjang tempoh perintah berkurung susulan Covid 19, beliau enggan membuat sebarang keputusan kerana status Bundesliga yang masih samar dan tidak diketahui jalan penyelesaiannya.

 Jelas Neuer lagi, beliau selesa sepanjang khidmatnya bersama dengan Bayern Munich.

Laporan media antarabangsa mendedahkan spekulasi melibatkan Manuel Neuer dan ejennya Thomas Kroth yang mahukan kontrak selama lima tahun dengan nilai gaji 20 juta Euro semusim.

Neuer memberi reaksi kecewa dengan isu tersebut apabila perbincangannya dan maklumat tersebut terdedah kepada media.

Neuer menyertai Bayern pada 2011 dari Schalke dan membantu Jerman muncul juara Piala Dunia 2014.

Malah beliau telah menjulang pelbagai kejayaan bersama The Bavarians termasuk tujuh gelaran kejuaraan liga, lima piala liga dan juara Liga Juara Juara Eropah pada 2013.

 Beliau turut mengimpikan untuk meraigh gelaran juara Bundesliga untuk kali kelapan selepas membantu Bayern Munich mengatasi Union Berlin 2-0 untuk mengekalkan kedudukan selaku pendahulu dengan kelebihan empat mata didepan Borussia Dortmund.

- Advertisement -