Pemain perseorangan lelaki, Ng Tze Yong meletakkan sasaran suku akhir sebagai kpi nya pada kejohanan pertama bagi tahun 2022 di Terbuka India yang akan membuka tirai pada Selasa.

Jelas Tze Yong, cabaran kali ini dilihat lebih mencabar memandangkan pertemuan pertama beliau di pusingan pertama adalah menentang pemain Indonesia, Tommy Sugiarto yang turun dengan status pilihan ketujuh.

Ini juga merupakan kejohanan yang tertinggi buat Tze Yong dimana Terbuka India berstatus Super 500.

Pemain berusia 21 tahun ini kini menghuni ranking ke 60 dunia selepas meraih tiga gelaran juara (Terbuka Poland, Cabaran Antarabangsa Belgium, Terbuka Scotland) dan satu gelaran naib juara di Terbuka Republik Czech.

 

- Advertisement -