Selepas lima kali muncul naib juara, Malaysia menamatkan penantian untuk muncul juara di Kejuaraan bolasepak AFF bawah 19 tahun selepas melakar kemenangan 4-3 ke atas Myanmar di pentas final.

Selepas diberi tekanan ketika menentang Indonesia di separuh akhir dimana skuad kendalian Bojan Hodak di ‘ganggu’ oleh segelintir penyokong fanatik tuan rumah, anak didik Bojan Hodak turun dengan semangat waja untuk memburu gelaran juara.

Malaysia mendahului dua gol diawal permainan bermula dengan percubaan cantik Muhd Faiz Awang dari luar kotak penalti gagal ditampan kemas penjaga gol lawan, Aung Zin Nyi di minit keempat sebelum Nik Akif Syahiran melebarkan kedudukan kepada 2-0 di minit ke 19.

Namun Myanmar yang dibimbing Mya Hlain Win bangkit dengan asakan yang cukup mantap untuk menghukum kealpaan pertahanan Malaysia apabila menyamakan kedudukan selepas 30 minit permainan berlangsung.

Tun Wing Naing mudah menewaskan penjaga gol Malaysia Muhd Azri selepas menyambar bola hasil kesilapan pemain negara di minit ke 24.

Kapten Myanmar, Khant Myat Kaung menambah berang Bojan Hodak susulan kealpaan pertahanan apabila meledak dua gol di minit  ke 27 sebelum sepakan sudutnya empat minit berselang memastikan giliran Myanmar didepan 3-2.

Shivan Pillay Asokan menyuntik semangat juang raka sepasukan apabila memanfaatkan aksi kelam kabut di dalam kotak penalti untuk mengikat kedudukan 3 sama di minit ke 75.

Malaysia mengesahkan status selaku juara AFF bawha 19 tahun edisi 2018 apabila sepakan percuma Nik Akif terus menerjah gawang Myanmar di penghujung masa tambahan selepas tamat masa penuh untuk keputusan muktamad 4-3.

- Advertisement -