Sukma XVII Perlis 2014 - Petanque - Noor Masayu Zahir Mozni

Sukma XVII Perlis 2014 LogoPetanque menyumbang emas pertama tuan rumah SUKMA XVII, Perlis apabila atlitnya, Noor Masayu Zahir Mozni beraksi cemerlang menjuarai acara shooting wanita pada saingan akhir di Kompleks Sukan Negeri di sini hari ini.

Noor Masayu mengumpul 22 mata, mengatasi Sharifah Aqilah Farhana Syed Ali dari Sarawak yang hanya memperoleh 10 mata untuk berpuas hati meraih perak dalam acara penentuan pingat emas.

Penentuan pingat emas acara shooting lelaki pula menjadi milik Sarawak apabila Hafizurahman Razali muncul juara dengan mengumpul 30 mata, menewaskan atlit Terengganu, Mohd. Adri Abdul Jalil (27 mata) yang memperoleh perak.

Sementara penentuan pingat gangsa shooting wanita menyaksikan atlit Negeri Sembilan, Nurul Atiqah Abu Talib menguasai saingan (23 mata) untuk membenam cabaran peserta di tangga keempat dari Perak, Nur
Syafiqah Abdul Razab (6 mata).

Bagi penentuan pingat gangsa shooting lelaki, ia dikuasai Syakirin Syed Abdul Kadir (30 mata) selepas mengalahkan Mohammad Zarol Islah Rashid dari Perak (10 mata) yang cuma mendudukki tempat keempat.

Hadiah-hadiah disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Perlis, Abdul Jamil Saad.

Saingan pembuka tirai pentaque hari ini hanya tertumpu kepada acara shooting lelaki dan wanita.manakala esok akan bermula saingan pusingan awal perseorangan lelaki dan wanita serta beregu lelaki dan wanita.

Sebanyak 11 acara pentaque dipertandingkan bermula hari ini sehingga 3 Jun dengan menawarkan secara keseluruhan 33 pingat.

Sukma XVII Perlis 2014 -Petanque - Noor Masayu Zahir Mozni

- Advertisement -