Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan ujian ke atas 21 individu yang terdiri daripada pemain, jurulatih yang beraksi di kejohanan badminton All England minggu lalu negatif daripada jangkitan Covid-19.

Menerusi kenyataan oleh BAM hari ini, kesemua yang tiba daripada Birmingham diarah menjalani proses kuarantin selama dua minggu di Akademi Badminton Malaysia.

Kesemua yang terlibat juga akan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan dan akan menjalani program latihan individu sebelum memulakan latihan bersama sebaik sahaja perintah tersebut ditarik balik.

BAM juga akan berhubung rapat dengan badan berkaitan untuk memastikan langkah langkah yang diambil tepat.

Perseorangan negara, Lee Zii Jia yang berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir pastinya pulang dengan senyuman selepas namanya berada di kedudukan ke 10 dunia, naik tiga anak tangga dalam ranking yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Turut sama memperbaiki ranking, bergu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menghuni ranking ke 9 naik satu anak tangga dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi turut naik satu anak tangga ke kedudukan ke 15, dan pasangan bergu perempuan, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean yang naik ke ranking ke 14 dunia, 

- Advertisement -