Jaringan tunggal Safawi Rasid sudah cukup untuk mengembalikan keceriaan kem Harimau Malaya dalam baki tiga perlawanan terakhir Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 selepas menundukkan Thailand 1-0.
Selepas aksi tidak menentu pemain pemain dan kritikan bertalu talu susulan kekalahan kepada Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam, Harimau Malaya jelas amat memerlukan kemenangan ke atas Thailand untuk terus menghidupkan peluang ke saingan Piala Asia.
Cheng Hoe menggunakan khidmat Khairul Azhan berbanding Farizal Marlias dan Syahmi Safari untuk menggantikan Corbin Ong manakala Nazmi Faiz Mansor, Muhd Akhyar Rashid dan Muhd Aariff Aiman untuk mengemudi bahagian tengah bersama sama Brendan Gan sekaligus membantu Guilherme de Paula di bahagian serangan.
Thailand tampak masih bergelut untuk mencari keserasian yang optimum dibawah kendalian Akira Nishino namun tetap mampu untuk menguji gawang Malaysia.
Bermula dengan minit ke 10, Thanawat Suengchitthawon yang tidak dikawal kemas melepaskan rembatan namun Matthew Davies berjaya mengekang percubaan tersebut.
Berselang lapan minit, Gajah Perang sekali lagi memiliki peluang keemasan namun rembatannya juga tersasar sekaligus melegakan Khairul Azhan.
Selepas 20 minit perlawanan, Harimau Malaya mula menampakkan corak serangan yang lebih berkesan, bermula dengan tandukan pemain naturalisasi, Guilherme de Paula yang tepat ke dakapan penjaga gol Thailand, Chatchai Budprom.
Penjaga gol berusia 34 tahun itu sekali lagi cemerlang kali ini menangkap kemas tandukkan kapten Malaysia, Aidil Zafuan Abd Radzak hasil sepakan percuma oleh Norazam Azih.
RAKAMAN AUDIO SIDANG MEDIA SELEPAS PERLAWANAN
Ketika permainan tampak seimbang, sorakan penyokong Thailand bergema apabila rembatan deras Suphanat Muenta di minit 34 menewaskan Khairul Azhan namun dibatalkan pengadil perlawanan, kerana offsaid.
Gol yang dinanti nanti Tan Cheng Hoe muncul di minit 50 apabila pemain gantian Muhd Safawi Rasid yang dimasukkan menggantikan Ariff Aiman dijatuhkan pertahanan Thailand.
Safawi jelas tidak mensia siakan peluang untuk menewaskan Budprom sekaligus menjadi penjaring tunggal negara dan memastikan kemenangan penting untuk Malaysia.
Selepas tamat lapan perlawanan, Malaysia mengumpul 12 mata untuk berada di tangga ketiga kumpulan G hasil 4 kemenangan dan empat kekalahan.
Dalam pada itu, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) melonjak ke tangga teratas sekaligus menutup Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 selaku pendahulu kumpulan G selepas menundukkan Vietnam 3-2.
Dua jaringan skuad kendalian Bert van Marwijk mendahului 3-0 menerusi Ali Salmeen di minit 32, diikuti penyerang prolifik Ali Ahmed Mabkhout (minit 40) dan Mahmoud Al Hammadi di minit 51.
Vietnam yang memimpin carta kumpulan G selepas mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 7 perlawanan bangkit di penghujung permainan menerusi Nguyen Tien Linh (minit 85) dan Tran Minh Vuong di masa kecederaan.
Perjalanan skuad Harimau Malaya dan lain lain pasukan yang layak bakal ditentukan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) hari ini.