bernhardt

Oleh Ku Mohd Lufti

Selepas dipilih menjadi venue perlawanan antarabangsa bulan lalu, Stadium Hang Jebat, Krubong Melaka sekali lagi dipilih menjadi tuan rumah bagi penganjuran perlawanan bola sepak antarabangsa.

Kali ini stadium terbabit bakal menjadi venue penganjuran sulung Kejohanan Bola Sepak Piala Negara Negara 2016 pada 3 dan 5 Jun depan yang bakal membabitkan saingan empat pasukan bawah 21 tahun negara Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin, kejohanan bakal membabitkan penyertaan Malaysia, Thailand, Vietnam dan Singapura.

Beliau berkata kejohanan itu adalah platform terbaik bagi melihat prestasi sebenar Skuad Bawah 21 Tahun Kebangsaan bimbingan jurulatih, Frank Bernhardt.

“ Kejohanan ini salah satunya adalah untuk memberi peluang kepada pasukan bawah 22 tahun kita yg diketuai oleh Frank Bernhardt untuk membuat persediaan awal untuk persiapan SEA Games 2017. Malah  ini adalah salah satu platform untuk kita selain menganjurkan kejohanan antarabangsa kita dapat memberi peluang untuk jurulatih melihat prestasi sebenar pasukan bawah 22 tahun kita sebelum perlawanan SEA Games 2017 pada bulan 8 tahun depan.” Kata Datuk Hamidin Mohd Amin.

Kejohanan dimulakan dengan pertemuan antara Vietnam dan Thailand dan Malaysia akan menentang Singapura pada 3 Jun. 

Pemenang akan berentap di perlawanan akhir manakala yang tewas berentap bagi penentuan tempat ke-3 dan ke-4 pada 5 Jun.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersama MP & Silva turut melancarkan jualan tiket perlawanan Piala Negara Negara 2016.

Tiket akan dijual pada harga RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun, RM10 bagi teres terbuka dan RM20 untuk Grandstand pada hari perlawanan.

Tiket boleh dibeli di Stadium Hang Jebat, cawangan Ticketpro di Mahkota Parade, Melaka dan di Lembah Kelang mulai 21 Mei dan pada hari-hari perlawanan Liga Perdana, 21 Mei ketika perlawanan antara Melaka United dan ATM serta 22 Mei ketika saingan Liga Super antara PDRM menentang Kedah.

- Advertisement -