2016 Nations Cup Malaysia logoOleh Ku Mohd Lufti

Selepas dikecewakan oleh dua finalis Piala Negara Negara, Malaysia dan Thailand, pengendali Vietnam, Hoang Anh Tuan dan Singapura, Richard Francis Emile Tardy tidak mahu kecewa kali kedua dalam perlawanan penentuan tempat ke tiga dan keempat.

Bagi Richard, kekecewaan bolos tiga gol malam tadi tidak perlu lagi diingat oleh anak didiknya sebaliknya terus fokus untuk memberikan persembahan yang lebih baik sekaligus menamatkan kempen Piala Negara Negara di tempat ketiga.

“Esok (Ahad) adalah hari yang baru, kami tidak mahu lagimemikirkan perlawanan dengan Malaysia. Saya harap pemain pemain sedar akan kesilapan mereka.

“Ini adalah perlawanan yang baik untuk mereka dalam mempersiapkan diri untuk menghadapi Sukan SEA 2017. Saya harap mereka bermain untuk negara Singapura,” kata Richard.

Malah, pengendali Vietnam, Hoang Anh Tuan turut menyuarakan nada yang sama, tidak mahu kembali ke tanah air dengan keputusan yang hambar.

Vietnam gagal melangkah ke final selepas tewas 0-2 kepada Thailand.

“Kami mahu pulang dengan keputusan yang baik, Saya menghormati pasukan pasukan yang bertanding tetapi kami tetap akan memberikan yang terbaik dan menjangkakan perlawanan yang sengit esok,” kata Hoang.

- Advertisement -