wang.yihan
Wang Yihan

Oleh Ku Mohd Lufti

Lagi kejutan berlaku di Kejohanan Badminton Superseries Premier Terbuka Malaysia apabila juara 2015 perseorangan wanita tersingkir.

Impian Carolina Marin untuk merangkul kejuaraan berganda tidak kesampaian apabila tewas straight set kepada pilihan keenam dari China, Wang Yihan.

Carolina yang juga juara dunia 2014 dan 2015 gagal untuk bermain dengan baik apabila ketinggalan sepanjang set pertama sebelum tewas 13-21.

Dominasi Wang Yi Han berkurangan di set kedua apabila Carolina seringkali merapatkan kedudukan untuk cuba meraih kemenangan di set kedua.

Wang Yi Han menjarakkan jurang mata kepada 17-8 ke atas Carolina Marin pada satu ketika.

Namun kealpaan Yihan nyata mengundang padah apabila Carolina mengatur permainan yang lebih aggresif untuk merapatkan jurang mata.

Akan tetapi usaha Carolina tidak kesampaian apabila Wang Yi Han menutup set kedua dengan kemenangan 21-15 sekaligus melangkah ke separuh akhir.

Untuk rekod, ini adalah pertemuan keenam diantara kedua dua bergu dimana pertebungan terakhir Wang Yihan tewas di Terbuka Hong Kong November 2015. Ā Ā 

- Advertisement -