#Malaysia sahkan slot final dalam acara perseorangan wanita 

 

Tiga pemain perseorangan wanita negara terus gah meneruskan cabaran di kejohanan badminton Antarabangsa Sepanyol selepas mengesahkan slot ke peringkat suku akhir hari ini.

Hari kedua menyaksikan kesemua pemain pemain akan beraksi bagi pusingan kedua di sebelah pagi disusuli peringkat suku akhir di sebelah petang.

Memulakan langkah cemerlang adalah S Kisona yang tidak berdepan masalah untuk menundukkan pemain tuan rumah, Lucia Rodriguez dengan kemenangan straight set 21-7, 21-14.

Beliau yang turun selaku pilihan keempat mengesahkan slot ke peringkat separuh akhir selepas menundukkan seorang lagi pemain tuan rumah, Beatriz Corrales juga dengan kemenangan straight set 21-15, 21-14.

Kisona yang juga pemenang pingat emas Sukan SEA Manila 2019 akan bertemu pemain Perancis, Yaelle Hoyaux di peringkat separuh.

Malaysia juga sah mempunyai wakil ke perlawanan akhir apabila dua pemain negara, Goh Jin Wei dan Eoon Qi Xuan akan berentap di pentas separuh akhir esok selepas mengatasi lawan masing masing di pusingan kedua dan suku akhir.

Eoon Qi Xuan diberi kemenangan ke atas pilihan ketiga dari Perancis, Marie Batomene yang menarik diri akibat kecederaan ketika pemain negara mendahului 11-2.

Aksi suku akhir, Qi Xuan menundukkan pemain tuan rumah, Ania Setien straight set 21-10, 21-12.

Sementara Goh Jin Wei turut mara ke suku akhir selepas menundukkan wakil England, Abigail Holden 21-10, 21-13.

Pemain Switzerland, Jenjira Stadelmann menjadi mangsa Jin Wei yang menutup saingan suku akhir dengan kemenangan straight set 21-15, 21-12 sekaligus bakal membuat perhitungan dengan Eoon Qi Xuan di peringkat separuh akhir esok.

Sementara itu, saingan bergu campuran, Tee Kai Wun-Teoh Mei Xing turut melakar kejutan di pusingan kedua selepas menundukkan pilihan keempat dari Austria, Dominik Stipsits-Serena Au Yeong dengan kemenangan straight set 21-10, 21-17.

Diperingkat suku akhir, Kai Wun-Mei Xing turut cemerlang selepas menang ke atas wakil tuan rumah, Victor Martin-Haidee Ojeda 21-17, 21-17.

Dua bergu lelaki, Tee Kai Wun-Man Wei Chong dan Loo Bing Kun-Lwi Sheng Hao masing masing mara ke peringkat suku akhir selepas menewaskan lawan masing masing di pusingan kedua.

Tee Kai Wun-Man Wei Chong mengatasi gandingan Denmark, Jonas JĂŚger-Loui KjĂŚr Kjellberg 21-11, 21-12 dan mengesahkan slot ke separuh akhir selepas mengejutkan pilihan ketiga dari Austria, Philip Birker-Dominik Stipsits dengan kemenangan straight set 21-18, 21-12.

Manakala Loo Bing Kun-Lwi Sheng Hao turut cemerlang di pusingan kedua selepas bangkit daripada kekalahan di set pertama untuk menang 19-21, 23-21, 21-18 ke atas pilihan kedua kejohanan dari Ireland, Joshua Magee-Paul Reynolds.

Bergu negara bagaimanapun terkandas di suku akhir selepas tewas 12-21, 16-21 kepada  pasangan dari Perancis, Lucas Corvee-Ronan Labar.

Wakil tunggal negara dalam aksi bergu wanita, Teoh Mei Xing-Yap Ling juga terkandas di suku akhir selepas tewas 16-21, 21-15, 15-21 di tangan gandingan dari England Jessica Hopton-Jessica Pugh.

 

- Advertisement -