Oleh Ku Mohd Lufti

Presiden pasukan bola sepak Malaysian Indian Sports Council-Malaysia Indian Football Association (MISC-MIFA), Datuk T. Mohan memberi bayangan nasib tiga pemain yang terlibat dengan skandal rasuah bakal disingkirkan.

Malah, pasukan tidak akan berkompromi dengan mana mana pihak samada pemain atau pegawai yang tyerlibat dengan rasuah mahupun mengatur perlawanan.

Mohan bagaimanapun tidak mahu campur tangan terhadap kes yang melibatkan tiga pemain ini sehingga siasatan yang dilakukan SPRM selesai sepenuhnya.

“Kita tengok hasil siasatan (SPRM) terlebih dahulu…sekiranya bersalah mereka akan dibuang secara automatik tetapi sekiranya tidak bersalah, ia terpulang kepada jurulatih (Jacob Joseph) sama ada masih berminat menggunakan khidmat ketiga-tiga pemain ini,” kata Mohan.

Semalam, tiga pemain pasukan Misc-MIFA ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah sebagai habuan untuk mengatur keputusan perlawanan Liga Perdana.

Mereka dikatakan menerima rasuah antara RM10,000 dan RM30,000 daripada bookie atau dalang yang mengatur keputusan perlawanan.

- Advertisement -