Gandingan profesional Chan Peng Soon-Goh Liu Ying pula tidak berdepan masalah untuk meraih kemenangan selepas menundukkan Chen Tang Jie/Peck Yen Wei straight set 21-18, 21-16.

Begitu juga dengan Tan Kian Meng – Lai Pei Jing yang turut mencatat kemenangan straight set ke atas pasangan Chen Tang Jie – Peck Yen Wei 23-21, 21-16.

Aksi bergu lelaki menyaksikan Aaron Chia – Soh Wooi Yik mendominasi kumpulan A selepas mencatat dua kemenangan pada har ini. Aaron dan Wooi Yik menang straight set ke atas Ooi Jhy Dar – Yap Roy King 21-11, 21-16 di sebelah pagi .

Lain pula situasi melibatkan kumpulan B apabila Goh V Shem-Tan Wee Kiong mengalami kekalahan mengejut.

Pemenang pingat Perak sukan Olimpik ini menewaskan Chen Tang Jie-Nurfirdaus Azman straight set 21-8, 21-19 pada perlawanan sesi pagi, namun dikejutkan dengan gandingan yang labih muda Chang Yee Jun – Chia Wei Jie dalam pertarungan tiga set 21-16, 12-21, 21-23.

“Kami tidak memikirkan tentang menang atau kalah. Kami hanya fokus pada perlawanan dan mengikuti apa yang telah diberikan oleh jurulatih.

“Kami harap dapat memberikan cabaran kepada pemain pemain lain dan akan berikan yang terbaik,”kata Chia Wei Jie .

Keputusan perlawanan –

Perseorangan Lelaki

Leong Jun Hao – Liew Daren (15-21 21-14 21-16)

Ng Tze Yong – Soong Joo Ven (21-18 21-12)

Cheam June Wei – Aidil Soleh Ali Sadikin (21-18 21-16)

Lee Zii Jia – Lim Chong Kim – (21-14, 21-9)

Perseorangan Wanita

Eoon Qi Xuan – Lee Ying Ying (21-15 21-9)

Sonia Cheah – K Letshana (21-13 21-11)

Bergu Lelaki (Kumpulan A)

Aaron Chia/Soh Wooi Yik – Ooi Jhy Dar/Yap Roy King (21-11 21-16)

Ong Yew Sin/Teo Ee Yi – Choong Hon Jian/Loo Bing Kun (21-16 21-16)

Bergu Lelaki (Kumpulan B)

Goh V Shem/Tan Wee Kiong – Chen Tang Jie/Nurfirdaus Azman (21-8 21-19)

Chang Yee Jun/Chia Wei Jie – Goh V Shem/Tan Wee Kiong – (16-21, 21-12, 23-21)

Bergu Wanita

Chow Mei Kuan/Lee Meng Yean – Anna Cheong Ching Yik/Toh Ee Wei (21-16 21-11)

Pearly Tan Koong Le/M Thinaah – Teoh Mei Xing/Yap Ling (21-12 22-20)

Bergu Campuran

Chan Peng Soon/Goh Liu Ying – Chen Tang Jie/Peck Yen Wei (21-18 21-16)

Goh Soon Huat/Shevon Lai Jamie – Hoo Pang Ron/Cheah Yee See (21-13, 4-6 (retired)

Tan Kian Meng/Lai Pei Jing – Chen Tang Jie/Peck Yen Wei (23-21, 21-16)

- Advertisement -