Dengan hanya berbaki 3 bulan, Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 terus merangka persiapn untuk memastikan temasya sukan Olimpik 2020 berjalan dengan sebaik mungkin.

Bagi memastikan atlet dab pegawai yang terlibat sepanjang temasya itu nanti, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC), Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo (Tokyo 2020), Kerajaan Metropolitan Tokyo serta kerajaan Jepun telah mengeluarkan panduan tambahan bagi temasya itu dalam ‘playbook’ terkini.

Playbook yang mengandungi 60 muka surat panduan perlaksanaan temasya sukan itu adalah versi kedua yang dikeluarkan melibatkan atlet yang mengambil bahagian.

Antara panduan yang dikemukakan adalah atlet atau peserta yang terlibat perlu menjalani ujian Covid 19 sebanyak dua kali sebelum terbang ke Jepun.

Malah, peserta dan individu yang berdekatan dengan atlet atau kontinjen juga perlu menjalani ujian harian dimana ia sebagai langkah keselamatan melibatkan semua pihak termasuk kepada penduduk di Jepun daripada sebarang jangkitan Covid 19.

Penganjur Tokyo 2020 juga berharap segala panduan yang telah dikeluarkan dipatuhi dengan sebaik mungkin 

Playbook versi ketiga yang melibatkan penonton dijangka dikeluarkan kira kira seminggu sebelum temasya bermula 

 

 

- Advertisement -