Pengurusan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bakal menyaksikan perubahan selepas Datuk Aminuddin  Omar dijangka melepaskan jawatannya selaku Setiausaha Kehormat Lang Merah.

Aminuddin  akan menyerahkan surat peletakan jawatan itu dalam masa terdekat  kepada pengurusan KFA bagi membolehkan pemilihan baharu bagi jawatan itu dibuat.

Dalam pada itu, Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah juga mungkin akan mengikuti jejak Aminuddin untuk meletakkan jawatan tersebut seperti kebiasaan dilakukan oleh menteri besar sebelum ini.

Selepas 10 perlawanan, Kedah kini menghuni tangga ke enam liga, berkongsi 15 mata dengan Terengganu FC yang menghuni tangga ke lima, dibezakan menerusi jumlah jaringan.

 

 

- Advertisement -