Juara bertahan Selangor membuat permulaan yang hebat bagi mempertahankan kejuaraan mereka dalam Kejohanan Berpasukan Bawah 16 Tahun Antara Negeri 100PLUS 2023 apabila mereka melakarkan kemenangan 3-0 ke atas Pahang dalam perlawanan pembukaan Kumpulan D di Dewan Badminton PBA di Bukit Dumbar, Pulau Pinang.

Dalam perlawanan Perseorangan Lelaki, Branson Hee terpaksa berhempas pulas sebelum menewaskan Lim Boon Le 17-21, 21-19, 21-6 dalam pertarungan yang berlangsung selama sejam.

Selangor kemudian meningkatkan usaha dalam Beregu Lelaki untuk S. Thiagaraja-Tiew Yi Cheng mengatasi Loh Kim Sheng-Lim Sheng Yin 21-19 21-13.

Tiew Wei Jie kemudiannya melengkapkan mata ketiga untuk Selangor dalam Perseorangan Lelaki dengan kemenangan 21-16 21-17 ke atas Arshdip Singh Darshan Singh.

Perlawanan seterusnya buat Selangor dalam Kumpulan D adalah menentang Sarawak pada hari Jumaat.

Dalam pada itu, finalis 2022 Pulau Pinang membuat permulaan yang hebat di Kumpulan B apabila mereka menewaskan Melaka 3-0.

Louis Lee Qi Jun memulakan saingani dalam acara Perseorangan Lelaki dengan kemenangan 21-19, 13-21, 21-16 ke atas Lee Yen Wei dalam masa 55 minit ketika Nixon Ang Jia Shen-Tan Zhi Yang kemudian mengutip mata kedua untuk Pulau Pinang dalam Beregu Lelaki.

Nixon Ang-Zhi Yang mengambil masa 30 minit untuk menang 21-16, 21-16 ke atas Ungku Ameer-Muhamad Sahreeezwan.

Pulau Pinang kemudian memastikan kemenangan pertama mereka dalam Kumpulan B dengan Martin Lam Yi Jie menewaskan Curson Cheng Yu Yang 21-11, 21-14.

Perlawanan seterusnya untuk Pulau Pinang dalam Kumpulan B adalah menentang Perak pada hari Jumaat.

- Advertisement -