Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersama-sama Malaysian Football League (MFL) sedang mengadakan latihan fasa ke-3 Video Assistant Referee (VAR) bermula 20 November hingga 4 Disember 2023 di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Terdahulu, latihan fasa kedua VAR telah dijalankan dari 26 Ogos hingga 11 September lalu.

Bagi fasa ketiga ini, latihan VAR tersebut telah disertai oleh 20 pengadil, 21 penolong pengadil dan 14 ‘replay operator’ di mana sesi latihannya tertumpu kepada perlawanan praktikal yang dijalankan di Padang Wisma FAM.

Sesi latihan pagi tadi turut disertai dan disaksikan oleh Timbalan Presiden FAM, Dato’ S. Sivasundaram selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAMĀ  serta Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan yang meluangkan masa untuk bertemu barisan pengadil terlibat selain melihat sendiri teknologi VAR.

Latihan VAR fasa ketiga ini telah dikendalikan oleh enam instruktur FAM diketuai oleh C. Ravichandran , Kassim Kadir Bacha, Abdul Basith Shahul Hamid, Nagor Amir Noor Mohamed, Mohd Sabri Mat Daud dan M. Sivanesan di mana keenam-enam instruktur ini melakukan pemantauan dengan pengiktirafan dari FIFA.Ā Ā 

Manakala, bermula 29 November hingga 4 Disember 2023, latihan VAR fasa ketiga ini akan disertai oleh seorang instruktur VAR FIFA, Igor Radojcic dari Serbia.Ā 

Fasa ketiga latihan VAR ini merupakan fasa yang sangat penting kerana ia memberi pendedahan terhadap penggunaan teknologi VAR dalam perlawanan.

Semua rakaman video sepanjang fasa ketiga ini yang melibatkan setiap pengadil, penolong pengadil dan ā€˜replay operatorā€™ wajib di hantar ke FIFA melalui platform ā€˜Implementation Assistance and Approval Programme Requirementsā€™ (IAAP).

- Advertisement -