Marco Petrovski

Oleh Ku Mohd Lufti

Ketua Menteri Melaka, yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) , Datuk Seri Idris Haron turut bersedih dengan nasib yang menimpa mendiang dan mengucap takziah kepada keluarga mendiang Marco Stefan Petrovski.  

Malah, beliau turut mengarah persatuan melakukan siasatan rapi mengenai insiden yang berlaku pada 5 April lalu.

Katanya, siasatan dan laporan tersebut dilihat penting bagi memuaskan hati semua pihak jelas mengenai apa yang benar-benar berlaku.

“Pertamanya saya merasa begitu sedih diatas berita yang baru kita terima apabila stefan akhirnya telah menemui ajal dan saya percaya pihak keluarga jugak bersedih saya merakamkan sedalam-dalam takziah kepada keluarga stefan ibu dan  bapanya berada di malaysia mereka ketika ini dan saya dengar laporan awal daripada pihak doktor yang merawat yang mengatakan terdapat kegagalan fungsi beberapa organ penting didalam badan stefan dan sekarang ini ibu bapa telah dimaklumkan dan nampaknya ibu bapa telah pun menerima situasi ini.” Kata Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat keluarga mendiang di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka.

Penjaga gol simpanan Melaka United, Marco Stefan Petrovski disahkan meninggal dunia semalam, selepas koma selama hampir sebulan akibat dipanah petir.

Kejadian yang menimpa mendiang turut menimpa ketua pasukan Skuad Bawah 21 Tahun Melaka United, Muhammad Afiq Azuan namun Afiq dilaporkan stabil.

Kedua-duanya dibawa ke Hospital Melaka dan mendiang dimasukkan ke ICU sebelum dipindahkan ke ICU Hospital Pakar Putra Melaka beberapa hari kemudian

- Advertisement -